IKLAN

Monday, December 31, 2012

Warga Pendidik SMK Kota akhiri tahun 2012 dengan Kursus Program i-Think



Tarikh:31.Disember 2012
Tempat: SMK Kota Samarahan
Program: Kursus i-Think
Penyelaras Program: En.Andrew Chan
Pasukan Pemandu:
                        1.Pn.Lau Choon Teng
                        2.Pn.Hjh.Rabiah Daud
                        3.En.Peterson Empading
Objektif: Mendedahkan guru-guru kepada alat bantu berfikir (Thingking Tools) bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran tahun 2013


Apa itu i-Think?

Wednesday, December 26, 2012

MAKLUMAT PENTING UNTUK GURU & PELAJAR

A.
PERKARA: MESYUARAT PENGURUSAN
TARIKH: 27.12.2012
HARI: KHAMIS
MASA:8.30 PAGI
TEMPAT; BILIK MESYUARAT

B.
PERKARA: MESYUARAT GURU
TARIKH: 28.12.2012
HARI: JUMAAT
MASA: 7.00 PAGI-4.00 PETANG
TEMPAT: BILIK SEMINAR, DEWAN SUARAH

C.
PERKARA: PENDAFTARAN PELAJAR
TARIKH: 29.12.2012
HARI: SABTU
MASA: 7.30 PAGI-11.30 PAGI
TEMPAT: SMK KOTA SAMARAHAN

D
PERKARA: PENGAGIHAN LATOP 1 MALAYSIA
TARIKH: 29.12.2012
HARI: SABTU
MASA: 2.00 PETANG-3.00 PETANG
PELAJAR TERLIBAT: TING.4 SAHAJA(2012)

Wednesday, December 19, 2012

Tahniah kepada pelajar cemerlang PMR 2012



En.Jimali ak Sunang mengumumkan senarai pelajar cemerlang PMR 2012

Ibu bapa bergambar kenangan bersama pelajar cemerlang

Sebahagian pelajar daripada 11 orang yang berjaya mendapat semua A

Saturday, December 1, 2012

Program Khidmat Masyarakat Pra-U Sesi 2012/2013

Nama Program: Sekolah Ku Ceria
Tarikh:
Objektif:
Penyelaras Program: Hjh.Normawati Binti Zaman, Cikgu Salhi Ayan, Cikgu Doriss




Program Hari Terakhir Sesi Persekolah 2012

Jamuan Akhir Tahun ALK Koperasi

Perhimpunan Terakhir Sesi Persekolahan 2012

Tuesday, October 23, 2012

SMK Kota ke Pameran Dialog Nasional Plan Pendidikan Malaysia

20 Oktober 2012, Seramai 20 orang pelajar SMK Kota diiringi oleh empat orang guru berkesempatan menghadiri pameran sempena Dialog Nasional Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Para guru dan pelajar tidak melepaskan peluang menyuarakan pendapat secara online yang disediakan.


Ambil peluang beri pandangan



Guru pun ambil kesempatan beri cadangan
 
 
 
 
Pelajar PPU menggunakan kesempatan diberi untuk kemukakan cadangan
 
 
 
 
 



Lonjakkan pendidikan di Sarawak

Oleh ZAAIN ZIN
zaain.zin@utusan.com.my


Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Samarahan mengemukakan pandangan pada majlis penutupan Forum Mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan Malaysia di Kuching, semalam.

KUCHING 22 Okt. - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang akan dilaksanakan tahun depan mampu membantu melonjakkan mutu pendidikan di negeri ini supaya setaraf dengan negeri-negeri lain terutama di Semenanjung.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, berbanding negeri-negeri di Semenanjung, bidang pendidikan di Sarawak diakui agak ketinggalan dalam beberapa aspek.

Katanya, antara aspek itu adalah akses kepada pendidikan yang lebih meluas serta infrastruktur yang lebih canggih dan lengkap.

"Sehubungan itu, semua pihak termasuk ibu bapa, golongan pendidik, pertubuhan dan agensi swasta perlu memanfaatkan peluang yang ada dengan menyumbang input bernas sepanjang laporan awal pelan ini dibentangkan.

"Laporan awal pelan ini akan dibuka untuk mana-mana pihak mengemukakan idea atau pandangan bagi tujuan penambahbaikan sebelum dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini," katanya.

Beliau berucap menyempurnakan majlis penutupan Forum Mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 anjuran Institut Pengurusan Sarawak (Masa) di Pustaka Negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Unit Pembangunan Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri, Dr. Abdul Rahman Deen; Presiden Persatuan India Sarawak, Piara Singh Gill serta Timbalan Presiden Masa, Datuk Dr. Hatta Solhi.

Fatimah memberitahu, kerajaan menghargai pandangan semua pihak di peringkat akar umbi terutama warga pendidik biasa memandangkan golongan itu akan berdepan secara langsung dengan setiap pelaksanaan dasar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya akan memastikan pelan tersebut turut memberi tumpuan dalam meningkatkan akses dan kualiti pendidikan khas bagi membolehkan golongan istimewa di negeri ini memperoleh peluang pendidikan seperti kanak-kanak normal.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121023/wb_03/Lonjakkan-pendidikan-di-Sarawak#ixzz2A7ttq7SX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, October 22, 2012

Sekitar Majlis Jamuan Akhir Tahun Pra Universiti SMK Kota Samarahan

 
Pn.Hjh Maimunah Pengetua SMK Kota Samarahan mengharapkan
pelajar PPU menyerlah dalam akademik dan sahsiah untuk menghadapi
pembelajaran di peringkat tinggi.
 19 OKTOBER 2012-Jumaat, bertempat di Kelab Golf Sarawak (KGS) Jamuan Akhir Tahun Pelajar Pra Universiti telah diadakan. Bertemakan "The Bold and The Beautiful" pelajar-pelajar dan guru Pra U hadir dengan wajah berseri-seri. Majlis diserikan dengan persembahan pelajar dan guru, pemotongan kek, mohon restu selain persembahan pelajar yang menghiburkan. Tahniah kepada barisan Exco PPU 2011/2012 di atas kejayaan melaksanakan majlis tersebut . Tahniah juga kepada En.Salhi Ayan guru pembimbing selaku guru penyelaras kokurikulum tingkatan enam. Berikut adalah sekitar perjalanan majlis tersebut.

En.Yatiman selaku PKT 6 mengesa PPU menjaga kebajikan ahli



 
Adik Kenny Pengerusi PPU menyampaikan ucapan

Adik Kenny menyampaikan fail serah tugas kepada Adik Sim Pengerusi Baru PPU 2012/2013


Acara Pemotongan kek sebagai perasmian majlis

Penyempaian Sijil R&D dan cenderamata kepada semua pelajar PPU

 
 




 
 





 
 
 

Sunday, September 30, 2012


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH WARISAN BUDAYA TEMPATAN (LOCAL CONTENT) ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR BANDARAYA KUCHING 2012

22 SEPT 2012 (SABTU)

AUDITORIUM, PUSTAKA NEGERI SARAWAK , KUCHING.

 

Laporan oleh:  Hjh. Nurmawati Hj. Zaman

        ( Guru Pengiring )

 

Pertandingan Warisan Budaya Tempatan ( Local Content )  2012 telah dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak yang bermula pada 29 Jun 2012. Pelajar-pelajar telah diberi taklimat  dan didedahkan pada kelas Literasi bersempena Pertandingan tersebut. Walaupun  SMK Kota Samarahan  adalah sekolah dipinggir Kuching namun kami terpanggil untuk menyertai pertandingan ini.

Pelajar- pelajar yang terlibat ialah Nizam Azuwan Maulad Israil ( Ketua ). Ummi Nur Hikmah bt. Julaihi, Nur Afiqa Bt. IbrahimHasan dan Nur Asyiqin bt. Jamil. Mereka adalah pelajar-pelajar tingkatan 6Rendah.  Puan Hjh. Imilia dari Uitm telah menjadi Penyelia kumpulan sekolah kami.

Pelajar-pelajar telah memilih kajian  yang bertajuk, Kuih Celorot: Kuih Tradisi Melayu Sarawak .

Penyelidikan ini memfokus pada makanan tradisi yang mempunyai sejarah dan signifikasi  kuih  kepada masyarakat Sarawak. Kajian mereka yang berbentuk deskriptif  telah dibuat  di kawasan  Kota Samarahan sahaja.

Walaupun pelajar-pelajar hanya mendapat saguhati, namun sebagai seorang guru, saya berbangga dengan pembentangan pagi itu. Mereka bersemangat dan setiap orang telah membentang kajian masing-masing dengan sebutan fakta yang jelas dengan intonasi yang kreatif.

SYABAS ANAK-ANAK SMKKS &

TERIMA KASIH  PN. HJH. IMILIA
Gambar kenang-kenangan selepas Pertandingan/ Pembentangan

NUR ASYIKIN BT. JAMIL


NUR AFIQAH BT IBRAHIMHASAN


NIZAM AZUWAN MAULAD ISRAIL  KETIKA PEMBENTANGAN


 
UMMI NUR HIKMAH BT. JULAIHI- satu pengalaman menarik walaupun saguhati

Tuesday, August 28, 2012

SMK Kota Samarahan Hasilkan Banner 1 Malaysia


Sinonpsis Banner 1 Malaysia

Saya, Hjh. Nurmawati ingin berkongsi pada rakyat Malaysia apakah itu Kemerdekaan?  Kemerdekaan bukan bermaksud hanya keluar dari jajahan  penjajah  tapi jajahan minda.Sebagai seorang guru, saya terasa bangga dan teruja apabila anak-anak didik saya boleh mencapai sesuatu dan sentiasa berfikiran positif dan ada jati diri. Anak-anak dididik dari dalam  (kerohanian) mereka untuk menghayati kemerdekaan.

Projek ini berjaya kerana sokongan dari Tuan Pengetua, Hjh. Maimunah bt. Haji Bujang dan semua yang terlibat terutama anak-anak saya dari Tingkatan 6Rendah. .Kami hanya  mengambil tiga (3) hari untuk menyiapkan banner ini. Bulan puasa tidak meluntur semangat pelajar-pelajar untuk menyiapkan banner ini.Kami bermula pada 28 Julai dan menyambung pada sebelah petang 30 hingga 31 Julai 2012.Pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua pada pagi 1 Ogos 2012 di Tapak Perhimpunan SMK Kota Samarahan, Samarahan.

SYABAS dan TERIMA KASIH !

 

OBJEKTIF: 1. SUPAYA SETIAP PELAJAR AKAN MENGHARGAI HARI KEMERDEKAAN

2 .MENGAMALKAN SIKAP 1 MALAYSIA - MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM,  HORMAT-

MENGHORMATI ,BEKERJASAMA DAN MENJIWAI  SIKAP  PATRIOTISME.

IDEA  BANNER :  HJH. NURMAWATI HJ. ZAMAN

DIBANTU OLEH : 21 ORANG PELAJAR TG. 6R3 , 4 ORANG PELAJAR TG.6R2  DAN 4 ORANG PELAJAR TG.6R1

PANJANG BANNER: 135METER

HAL BENDA: POTRET-POTRET MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM, HARI PERAYAAN, JENIS-JENIS MAKANAN, PAKAIAN,  ALAT-ALAT MUZIK , BENDERA MALAYSIA, BENDERA SARAWAK, BUNGA KEBANGSAAN DAN BURUNG KENYALANG. TIDAK KETINGGALAN LOGO  SEKOLAH,  SMK KOTA SAMARAHAN, YANG MENJADI KEBANGGAAN KITA.

1 MALAYSIA TELAH DIGUNAKAN UNTUK MENYEMARAKAN LAGI SEMANGAT PERPADUAN DAN IA TELAH DIREKA SEBANYAK 49 SATU.  PADA 16 SEPTEMBER 1963, SARAWAK TELAH MEMBANTU MENUBUHKAN MALAYSIA, MAKA DENGAN RASMINYA 31 OGOS IALAH HARI KEBANGSAAN DAN 16 SEPT IALAH HARI MALAYSIA.

TERIMA KASIH PADA TUAN PENGETUA, YANG MEMBERI PELUANG DAN KEPERCAYAAN  PADA SAYA DAN PELAJAR-PELAJAR  UNTUK  MENGHASILKAN BANNER SEPANJANG 135 METER YANG  DIBUAT DALAM MASA 3 HARI  DAN CATAN DIBUAT SECARA KONVENSIONAL.

TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGHARGAI KREATIVITI KAMI!

Disediakan oleh: Hjh. Nurmawati Hj. Zaman

 

ALBUM KENANG-KENANGAN PELAJAR-PELAJAR PRA-U SMK KOTA SAMARAHAN

BANNER 1 MALAYSIA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA








 

Thursday, July 26, 2012

Nur Kasih Ramadhan SMK Kota Samarahan memerlukan sumbangan anda

Ramadhan datang lagi... maka sekali lagi ,SMK Kota Samarahan akan mengadakah Program Nur Kasih Ramadhan pada 10 Ogos 2012. Program yang diperkenalkan sejak 2007 oleh mantan PK HEM En.Yatiman Karsodikromo itu kini sudah menjangkau kali ke-5 . Mulai tahun 2011 program ini telah diurus selia oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Kota Samarahan dengan penambahan Program Ihya' Ramadhan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga pendidik dan masyarakat setempat menghulurkan sumbangan "menderma sambil beramal" di bulan yang mulia ini. Melalui program ini penganjur akan menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk wang tunai, pakaian dan makaan kepada golongan yang terdiri daripada anak yatim, yatim piatu dan golongan yang miskin atau kurang berkemampuan agar dapat menikmati sambutan hari raya seperti orang lain. Pada tahun ini seramai 80 peserta telah dikenal pasti melalui sistem pengkalan data murid. Sehubungan dengan itu sekiranya pembaca berminat untuk meyumbang derma sambil beramal, membayar fidyah dan zakat boleh mengubungi pihak kami di talian 082-672353 (Ustazah .Ajibah Gayan/En.Kelana Yusuf).


Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)



Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.




Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4



[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)



Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)



Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)



Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)



Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)