IKLAN

Thursday, March 1, 2012

SMK Kota Lancar Program Bacaton

PIBG SMK Kota Samarahan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah, SMK Kota Samarahan telah berganding bahu melaksanakan program Bacaton 2012. Program ini bersesuaian dengan Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu program galakan membaca yang dijalankan secara berterusan.
Objektif program adalah:
1.Mengutip dana untuk tabung PIBG dan pembelian bahan bacaan NILAM dengan sasaran RM20,000
2.Menambah baik pasarana di Pusat Sumber sebagai pusat aktiviti Nilam
3.Memberi peluang kepada masyarakat setempat dan agansi swasta menyumban kepada PIBG dan Program Nilam

Rabu-22Februari 2012 telah dipilih sebagai hari pelakanaan Bacaton peringkat sekolah. Pada hari berkenaan pelajar hanya membuat bacaan buku-buku pilihan dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan membaca Al-Quran. Para guru telah memantau secara berterusan dan merekod bacaan pelajar sebagai dokumen program. Program berakhir pada jam 12.4o tengah hari dan diteruskan dengan pelajar sesi petang sehingga jam 6.20 petang.



Sekitar Program Bacaton 2012 (Pelbagai Aksi Pelajar Membaca)






No comments:

Post a Comment