IKLAN

Thursday, July 26, 2012

Nur Kasih Ramadhan SMK Kota Samarahan memerlukan sumbangan anda

Ramadhan datang lagi... maka sekali lagi ,SMK Kota Samarahan akan mengadakah Program Nur Kasih Ramadhan pada 10 Ogos 2012. Program yang diperkenalkan sejak 2007 oleh mantan PK HEM En.Yatiman Karsodikromo itu kini sudah menjangkau kali ke-5 . Mulai tahun 2011 program ini telah diurus selia oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Kota Samarahan dengan penambahan Program Ihya' Ramadhan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga pendidik dan masyarakat setempat menghulurkan sumbangan "menderma sambil beramal" di bulan yang mulia ini. Melalui program ini penganjur akan menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk wang tunai, pakaian dan makaan kepada golongan yang terdiri daripada anak yatim, yatim piatu dan golongan yang miskin atau kurang berkemampuan agar dapat menikmati sambutan hari raya seperti orang lain. Pada tahun ini seramai 80 peserta telah dikenal pasti melalui sistem pengkalan data murid. Sehubungan dengan itu sekiranya pembaca berminat untuk meyumbang derma sambil beramal, membayar fidyah dan zakat boleh mengubungi pihak kami di talian 082-672353 (Ustazah .Ajibah Gayan/En.Kelana Yusuf).


Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)



Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.




Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4



[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)



Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)



Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)



Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)



Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Saturday, July 21, 2012

SMK Kota Samarahan Pertahan Juara Lalulintas Shell 2012

Smk Kota Samarahan mempertahankan kejuaraan selama 6 tahun berturut-turut dalam Pertandingan Pendidikan Lalulintas Shell peringat Bahagian Samarahan pada 7 Julai 2012  bertempat di perkarangan Majlis Daerah Samarahan. Kemenangan ini bermakakna SMK Kota Samarahan akan sekali lagi membawa cabaran ke peringkat Negeri yang akan diadakan pada Oktober di Sibu nanti.  Dalam pertandingan tersebut SMKKS  mendapat johan Kategori Pejalan Kaki dan Basikal, sementara peserta Pidato mendapat tempat ke-2. Dengan itu SMKKS diisytihar sebagai Johan Keseluruhan.Semoga pasukan ini akan mendapat kejayaan! Semarakkan SMK Kota Samarahan!

Peserta sedang bersiap sedia untuk pertandingan



Pandu uji sebelum persaingan bermula

Sekitar Majlis Sukan Tahunan Sekolah

Tarikh:12 Julai 2012
Tempat: Stadium Mini Kota Samarahan

Pelajar mengikut rumah sukan


QM bersiap sedia memikul tugas

Sibuk mengurus peserta

Mendengar teklimat

Bersemangat demi rumah sukan

Akan dilepaskan....sedia

Aik...handsome juak aku!

Sokongan padu penonton

Bangga..rumah merah johan....tahniah Ramelen.....caya lah

Kami juara 2012

Jamuan Makan Malam Majlis Perpisahan Pengetua

Tarikh:11 Julai
Tempat: Hotel Magretta

Pn.Juita Senawi bersama Pengetua baru Pn.Hjh Maimunah


Kelab rekreasu wanita yang diilhamkan Pn.Juita menyanyikan lagu "Kami Guru Hebat",

Guru-guru mengambil kesempatan bersalaman


Friday, July 20, 2012

Sekitar Hari Terakhir Pengetua Pn. Hjh.Juita Hj Senawi

Disaksikan oleh Penolong-Penolong Kanan
SMK Kota Samarahan kehilangan seorang pengetua berjiwa keibuan yang mula berkhidmat di SMK Kota Samarahan dari hingga 11 Julai 2012. Hari-hari terakhir beliau tetap dipenuhi dengan menyempurnakan tugas terakhir beliau. Warga pendidik dan pelajar ternyata amat berat melepaskan beliau tetapi demi menyambung tugas sebagai pegawai Pelajaran Kuching beliau terpaksa melambaikan sayonara kepada warga SMK Kota Samarahan
Majlis Serah Tugas


Merakamkan Kenangan bersama barisan pentadbir dan AJK PIBG




Merakamkan ucpan terakhir bersama pelajar
Lambang kasih pelajar terhadap pengetua
Sayonara! bye! bye! Lambaian terakhir

Jogathon PIBG 2012

Tarikh: 11 Julai 2012
Tempat: SMK Kota Samarahan

PIBG SMK Kota Samarahan telah menganjurkan Jogathon PIBG bagi tahun 2012 bermatlamat mengutip dana sebanyak RM40,000 bagi tujuan membina jalan susur di sekolah tersebut.
Jogathon PIBG mengundang penyertaan orang awam selain warga SMKKS sendiri.
Berikut adalah sekitar program tersebut

Peserta Jogathon melepaskan dahaga

Tetap bersemangat demi rumah sukan

Battle of The Band mengisi ruang sebelum majlis penyampaian hadiah

En.Mahmud Pawi YDP PIBG orang kuat menjayakan program memberi ucapan

Sebahagian AJK PIBG kalangan ibu bapa yang hadir

Majlis Penyempaian hadiah

Pengetua Baru Hjh.Maimunah Bujang di temani Pengetua Hjh Juita Senawi