IKLAN

Thursday, March 29, 2012

SMKKS anjur Pidato Pra-U 2012

PPD Daerah Samarahan dengan kerjasama SMK Kota Samarahan telah menganjurkan pertandingan Pidato Pra-U  pada 29 MAC .  Sebanyak 7 buah sekolah Tingkatan Enam di bahagian Samarahan telah menyertai pertandingan tersebut yang diurus selia oleh SMK Kota Samarahan selaku tuan rumah. Pertandingan tersebut dihakimi oleh     Tuan Haji Abang Ismawi  Bin Abang Muhi selaku Ketua Pengadil  dari SMK Semera , En Jonathan Singki  Lintan dari Dewan Bahasa dan Pusataka   Tuan Haji Abang Mohammad Daud bin Abang Taha,Jabatan Pengajian Melayu,Institut Pengajian Guru Tun Abdula Razak.
Format Pidato meliputi Pidato Umum dan Pidato Sepontan. Pidato Sepontan menguji keupayaan pelajar mengulas isi dengan bernas dan memerlukan peserta menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi sesuai dengan tahap mereka di peringkat Pra-U.

SMK Wira Penrissen diumum sebagai pemenang diwakili oleh Aniq Shazwan Bin Omar dengan tajuk Inovasi Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar. Sementara SMK Kota Samarahan yang mempertaruhkan Adik Muhammad Aiman Bin Rahmat mendapat tempat kedua dengan tajuk Malaysia di Pentas Dunia dan tempat ketiga disandang oleh  dari SMK Serian diwakili Vessline ak Apang dengan tajuk Konsep Satu Malaysia Memantapkan Perpaduan Rakyat

Pengetua SMK Kota Samarahan berkenan menyampaikan majlis penangguhan dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada para hakim dan pemenang pertandingan.




Aniq Shazwan Bin Omar -SMK Wira Penrissen


Adik Muhammad Aiman Bin Rahmat -Naib Johan SMK Kota

SMK Serian diwakili Vessline ak Apang Tempat Ke-3


Semua Peserta merakamkan gambar kenangan


Wednesday, March 28, 2012

SMK Kota Samarahan won the 2012 Samarahan Division Public Speaking Competition




15-year-old Kishwani Hiram Chakravety, a form 3 student of SMK Kota Samarahan, won the hearts of the judges and audience at the 2012 Samarahan Division Public Speaking Competition with her speech entitled “Change”. The competition was held at SMK Gedong on the 21 March and 17 schools from the Samarahan Division participated in the competition this year. Kishwani’s poise, articulation, confidence  and conviction convinced the judges that she was the deserved winner. The speakers from SMK Sungai Tapang, SMK Serian and SMK Muara Tuang put up great performances as well and completed the top four positions. Kishwani will now represent Samarahan Division in the upcoming State Level Public Speaking Competition which will be held at Sri Aman on 12 April. We wish her all the best. We, the teachers and students of SMK Kota Samarahan are proud of you!

Kishwani –The best speaker with her trophy



  • The top 5 speakers


Kishwani giving her speech



Written by:
Mr. Andrew Chan


Tuesday, March 27, 2012

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM

SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM



Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.


Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh pengajian  tingkatan  enam  selama  1½  tahun.  Tempoh  pengajian  ini  terdiri daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal  kedua  tempoh  persekolahan.  Peperiksaan  bagi  pengajian  tingkatan enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan keseluruhannya  melalui  peperiksaan  STPM  pada  penghujung  pengajian,  iaitu pada bulan November hingga Disember.


Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod. Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Mod kedua ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu STPM ini adalah cetusan idea yang amat bermakna oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011).


Dalam  sistem  pentaksiran  baharu  STPM,  tempoh  pengajian  tingkatan  enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.


Dari segi penawaran bilangan mata pelajaran juga tidak berubah, iaitu masih 23

mata pelajaran yang ditawarkan seperti yang berikut:

Bil.
Kod
Mata Pelajaran


Bil.
Kod
Mata Pelajaran
1
900
Pengajian Am

13
946
Pengajian Perniagaan
2
910
Bahasa Melayu

14
948
Perakaunan
3
911
Bahasa Cina

15
950
Mathematics (M)
4
912
Bahasa Tamil

16
954
Mathematics (T)
5
913
Bahasa Arab

17
956
Further Mathematics
6
920
Literature in English

18
958
Information and
Communications
Technology
7
922
Kesusasteraan       Melayu
Komunikatif

19
960
Physics
8
930
Syariah

20
962
Chemistry
9
931
Usuluddin

21
964
Biology
10
940
Sejarah

22
966
Sains Sukan
11
942
Geografi

23
970
Seni Visual
12
944
Ekonomi






Dari segi kandungan pengajian dalam sistem ini, kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2, dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.


Aspek kemahiran insaniah (soft skills) akan diterapkan dalam kurikulum sistem ini, yang antaranya meliputi kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain- lain.


Dalam aspek pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan, iaitu

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20% hingga 40%, dan


peperiksaan  akhir  berpusat  dengan  wajaran  60%  hingga  80%.  (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).


PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja amali, kerja lapangan/kajian luar, dan kerja projek/tugasan. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan oleh MPM. Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala pemantauan dan penyelarasan PBS akan dikendalikan oleh MPM sama ada di peringkat zon atau peringkat pusat. Bagi sekolah swasta dan calon persendirian, pemeriksa PBSnya akan dilantik oleh MPM. MPM juga akan menyediakan Garis Panduan PBS bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian PBS demi jaminan kualitinya.


Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal.  Kertas peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM seperti amalan sekarang.


Sistem penggredan dalam sistem pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan sistem yang sedia ada. Skor (peringkat kertas peperiksaan atau komponen mata pelajaran) yang diperoleh oleh pelajar dalam setiap penggal akan dijumlahkan untuk menentukan gred keseluruhan mata pelajaran. Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.


Satu kelebihan dalam sistem ini ialah pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula  peperiksaan  akhir  bagi  penggal  berkenaan  pada  hujung  Penggal  3 (hujung tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3, iaitu selepas keputusan Penggal 3 dikeluarkan. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM


baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.


Sistem ini juga diharapkan dapat menjadikan pengajian tingkatan enam lebih menarik  dan  lebih  banyak  pelajar  akan  mengikuti  pengajian  prauniversiti  ini. Selain itu, beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap  penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil.


Pengenalan kepada PBS dalam sistem ini adalah selari dengan hasrat KPM untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluaskan peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga berketepatan dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.


Dari segi standard dan pengiktirafan, pentaksiran baharu STPM adalah sama dengan STPM sedia ada. Pada umumnya, kandungan kurikulum tidak berubah. Wakil Cambridge Assessment (CA), United Kingdom akan turut serta dalam Jawatankuasa Penetapan Darjah STPM baharu ini bagi penentuan keputusan STPM. Wakil CA ini akan memberikan pandangannya mengenai analisis keputusan   peperiksaan   STPM   baharu   bagi   setiap   kertas,   dan   membuat keputusan bersama sebagai satu persetujuan dan pengiktirafan. Selain daripada itu, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga telah maklum tentang pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini.


Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat mengangkat martabat dan memperkasakan pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya ia lebih  berkualiti  dan menarik  serta  dapat mentransformasikan  pentaksiran  dan penilaian peperiksaan STPM yang lebih holistik.


Dengan pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri kepada sistem pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama dari segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. Penilaian aktiviti di peringkat sekolah turut membolehkan pelajar menjalankan kajian secara persendirian dan berkumpulan manakala pentaksiran berpusat akan menjurus kepada penyediaan pelajar ke arah sistem pendidikan yang terdapat di IPT.


Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik mereka  bagi melayakkan  diri  ke  IPT  dan  membuka  luas  peluang  pendidikan kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.


Maklumat lanjut mengenai Sistem Pentaksiran Baharu STPM ini boleh dilayari melalui portal MPM www.mpm.edu.my


Sistem Penggredan STPM

Gred Kertas
Gred Mata
Pelajaran
NGMP
Tahap Pencapaian
A
A
4.00
Lulus Penuh
A
A
3.67
Lulus Penuh
B+
B+
3.33
Lulus Penuh
B
B
3.00
Lulus Penuh
B
B
2.67
Lulus Penuh
C+
C+
2.33
Lulus Penuh
C
C
2.00
Lulus Penuh
C
C
1.67
Lulus Sebahagian
D+
D+
1.33
Lulus Sebahagian
D
D
1.00
Lulus Sebahagian
F
F
0.00
Gagal












































Kalendar Akademik

Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya:



Penggal Persekolahan Tingkatan Enam


Aktiviti


Tarikh Mula – Tarikh Akhir

Bilangan
Hari










1

Kuliah

11 Jun   17 Ogos 2012

50

Cuti              pertengahan penggal


18 Ogos – 26 Ogos  2012


9

Kuliah

27 Ogos – 2 Nov 2012

51

Peperiksaan akhir

Penggal  1:     5,  6,  7,  dan  8
November 2012

4

Cuti akhir penggal

10 Nov 2012 1 Jan 2013

53


Kalendar akademik sesi 2012/2013 bagi Sistem Pentaksiran Baharu STPM untuk negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu:

Penggal Persekolahan Tingkatan Enam

Aktiviti

Tarikh Mula – Tarikh Akhir

Bilangan
Hari









1

Kuliah

10 Jun   16 Ogos 2012

50

Cuti             pertengahan penggal


17 Ogos – 25 Ogos  2012


9

Kuliah

26 Ogos – 1 Nov 2012

51

Peperiksaan akhir

Penggal  1:     5,  6,  7,  dan  8
November 2012

4

Cuti akhir penggal

9 Nov 2012 – 31 Dis 2012

53

Nota: Tarikh-tarikh di atas tertakluk kepada perubahan, manakala kalendar penggal 2 dan 3 sesi  persekolahan tingkatan enam tahun 2012/2013 akan dikeluarkan dalam portal MPM www.mpm.edu.my.




Kadar Yuran



(a)  Yuran Asas                                                                     RM120.00 (b)  Yuran setiap mata pelajaran                                           RM 90.00 (c)  Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas   RM 50.00





Calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran ini.  Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhir sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas.