IKLAN

Sunday, September 30, 2012


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH WARISAN BUDAYA TEMPATAN (LOCAL CONTENT) ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR BANDARAYA KUCHING 2012

22 SEPT 2012 (SABTU)

AUDITORIUM, PUSTAKA NEGERI SARAWAK , KUCHING.

 

Laporan oleh:  Hjh. Nurmawati Hj. Zaman

        ( Guru Pengiring )

 

Pertandingan Warisan Budaya Tempatan ( Local Content )  2012 telah dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak yang bermula pada 29 Jun 2012. Pelajar-pelajar telah diberi taklimat  dan didedahkan pada kelas Literasi bersempena Pertandingan tersebut. Walaupun  SMK Kota Samarahan  adalah sekolah dipinggir Kuching namun kami terpanggil untuk menyertai pertandingan ini.

Pelajar- pelajar yang terlibat ialah Nizam Azuwan Maulad Israil ( Ketua ). Ummi Nur Hikmah bt. Julaihi, Nur Afiqa Bt. IbrahimHasan dan Nur Asyiqin bt. Jamil. Mereka adalah pelajar-pelajar tingkatan 6Rendah.  Puan Hjh. Imilia dari Uitm telah menjadi Penyelia kumpulan sekolah kami.

Pelajar-pelajar telah memilih kajian  yang bertajuk, Kuih Celorot: Kuih Tradisi Melayu Sarawak .

Penyelidikan ini memfokus pada makanan tradisi yang mempunyai sejarah dan signifikasi  kuih  kepada masyarakat Sarawak. Kajian mereka yang berbentuk deskriptif  telah dibuat  di kawasan  Kota Samarahan sahaja.

Walaupun pelajar-pelajar hanya mendapat saguhati, namun sebagai seorang guru, saya berbangga dengan pembentangan pagi itu. Mereka bersemangat dan setiap orang telah membentang kajian masing-masing dengan sebutan fakta yang jelas dengan intonasi yang kreatif.

SYABAS ANAK-ANAK SMKKS &

TERIMA KASIH  PN. HJH. IMILIA
Gambar kenang-kenangan selepas Pertandingan/ Pembentangan

NUR ASYIKIN BT. JAMIL


NUR AFIQAH BT IBRAHIMHASAN


NIZAM AZUWAN MAULAD ISRAIL  KETIKA PEMBENTANGAN


 
UMMI NUR HIKMAH BT. JULAIHI- satu pengalaman menarik walaupun saguhati