IKLAN

Tuesday, October 23, 2012

SMK Kota ke Pameran Dialog Nasional Plan Pendidikan Malaysia

20 Oktober 2012, Seramai 20 orang pelajar SMK Kota diiringi oleh empat orang guru berkesempatan menghadiri pameran sempena Dialog Nasional Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Para guru dan pelajar tidak melepaskan peluang menyuarakan pendapat secara online yang disediakan.


Ambil peluang beri pandangan



Guru pun ambil kesempatan beri cadangan
 
 
 
 
Pelajar PPU menggunakan kesempatan diberi untuk kemukakan cadangan
 
 
 
 
 



Lonjakkan pendidikan di Sarawak

Oleh ZAAIN ZIN
zaain.zin@utusan.com.my


Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Samarahan mengemukakan pandangan pada majlis penutupan Forum Mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan Malaysia di Kuching, semalam.

KUCHING 22 Okt. - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang akan dilaksanakan tahun depan mampu membantu melonjakkan mutu pendidikan di negeri ini supaya setaraf dengan negeri-negeri lain terutama di Semenanjung.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, berbanding negeri-negeri di Semenanjung, bidang pendidikan di Sarawak diakui agak ketinggalan dalam beberapa aspek.

Katanya, antara aspek itu adalah akses kepada pendidikan yang lebih meluas serta infrastruktur yang lebih canggih dan lengkap.

"Sehubungan itu, semua pihak termasuk ibu bapa, golongan pendidik, pertubuhan dan agensi swasta perlu memanfaatkan peluang yang ada dengan menyumbang input bernas sepanjang laporan awal pelan ini dibentangkan.

"Laporan awal pelan ini akan dibuka untuk mana-mana pihak mengemukakan idea atau pandangan bagi tujuan penambahbaikan sebelum dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini," katanya.

Beliau berucap menyempurnakan majlis penutupan Forum Mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 anjuran Institut Pengurusan Sarawak (Masa) di Pustaka Negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Unit Pembangunan Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri, Dr. Abdul Rahman Deen; Presiden Persatuan India Sarawak, Piara Singh Gill serta Timbalan Presiden Masa, Datuk Dr. Hatta Solhi.

Fatimah memberitahu, kerajaan menghargai pandangan semua pihak di peringkat akar umbi terutama warga pendidik biasa memandangkan golongan itu akan berdepan secara langsung dengan setiap pelaksanaan dasar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya akan memastikan pelan tersebut turut memberi tumpuan dalam meningkatkan akses dan kualiti pendidikan khas bagi membolehkan golongan istimewa di negeri ini memperoleh peluang pendidikan seperti kanak-kanak normal.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121023/wb_03/Lonjakkan-pendidikan-di-Sarawak#ixzz2A7ttq7SX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, October 22, 2012

Sekitar Majlis Jamuan Akhir Tahun Pra Universiti SMK Kota Samarahan

 
Pn.Hjh Maimunah Pengetua SMK Kota Samarahan mengharapkan
pelajar PPU menyerlah dalam akademik dan sahsiah untuk menghadapi
pembelajaran di peringkat tinggi.
 19 OKTOBER 2012-Jumaat, bertempat di Kelab Golf Sarawak (KGS) Jamuan Akhir Tahun Pelajar Pra Universiti telah diadakan. Bertemakan "The Bold and The Beautiful" pelajar-pelajar dan guru Pra U hadir dengan wajah berseri-seri. Majlis diserikan dengan persembahan pelajar dan guru, pemotongan kek, mohon restu selain persembahan pelajar yang menghiburkan. Tahniah kepada barisan Exco PPU 2011/2012 di atas kejayaan melaksanakan majlis tersebut . Tahniah juga kepada En.Salhi Ayan guru pembimbing selaku guru penyelaras kokurikulum tingkatan enam. Berikut adalah sekitar perjalanan majlis tersebut.

En.Yatiman selaku PKT 6 mengesa PPU menjaga kebajikan ahli



 
Adik Kenny Pengerusi PPU menyampaikan ucapan

Adik Kenny menyampaikan fail serah tugas kepada Adik Sim Pengerusi Baru PPU 2012/2013


Acara Pemotongan kek sebagai perasmian majlis

Penyempaian Sijil R&D dan cenderamata kepada semua pelajar PPU