IKLAN

Monday, May 20, 2013

Minggu Haluan Pelajar Baharu Pra-U SMK Kota Samarahan


LAPORAN MINGGU HALUAN PELAJAR BARU PRA UNIVERSITI SESI 2013-2014 SMK KOTA SAMARAHAN

Mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu STPM sesi 2013 dimulai dengan sesi perjumpaan ibu bapa, pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah pada 13 Mei 2013.  Pada sesi kali ini seramai 130 pelajar ditawarkan tempat ke tingkatan 6 Rendah.  Dari jumlah tersebut seramai 70 pelajar telah mendaftar masuk meneruskan pengajian sementara ada yang menunggu tawaran dari institusi lain serta PLKN. Majlis pagi itu dimulakan dengan ucapan pengetua yang mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan pelajar baru. Seramai 26 orang ibu bapa pelajar sahaja yang dapat hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan. Majlis seterusnya adalah ucapan aluan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6 sebelum sesi pengenalan Sistem Modular oleh Cikgu Andrew Chan merangkap guru yang menguruskan bahagian penialaian dan peperiksaan sebelum taklimat  Hal Ehwal Murid yang disampaikan oleh Cikgu Andrew dan taklimat Kokurikulum oleh En.Salhi Ayan. Pelajar juga berpeluang menimba pengalaman melalui perkongsian pelajar Senior dalam slot Aspek Pengurusan Masa.





























 
Hari kedua 14 Mei 2013 Minggu Haluan Pelahar Pra U bermula dengan sesi ceramah Program i-Think yang dikendalikan oleh Cikgu Andrew sekali lagi. Beliau telah menerangkan serba ringkas peta-peta pemikiran bagi diguna pakai oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
 



Slot seterusnya adalah Kemahiran Belajar Membuat Power Point yang disampaikan oleh Pn.Anita Shawal. Objekif pengenalan program ini adalah agar pelajar-pelajar pra-u dapat menggunapakai kemahiran membuat pembantangan dengan bantuan Power Point. Beliau telah menerangkan perkara-perkara yang perlu ada dalam penghasilan power point yang menarik.
Seterusnya pelajar didedahkan dengan kemahiran mengakses maklumat di internet. Ini adalah bertujuan supaya pelajar boleh menggunakan internet sebagai medium untuk mendapatkan maklumat secara maya. Cikgu Berhim Aboi telah menyampaikan ceramah kemahiran mengekses maklumat ini secara teori dan amali.
Pada 15 Mei 2013 hingga 17 Mei 2013, pelajar telah didedahkan dengan pengenalan kepada mata pelajaran yang ditawarkan di tingkatan enam seperti Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Komunikatif,Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Seni Visual. Guru-guru penyelaras telah diberi peluang menerangkan secara mendalam kandungan mata pelajaran tersebut.      
 
 
 
 
 
 
Program Haluan Pelajar diteruskan pada 20 Mei 2013 dengan penerangan Matapelajaran MUET dan seterusnya pelajar turut didedahkan oleh konselor sekolah dalam program Eksplorasi Diri  yang disampaikan oleh En.Hossein Sedi dan Jelajah Kerjaya oleh Pn.Noorsalehan Noor.   
Program terakhir pada 21 Mei 2013, pelajar di bawa melawat ke ICATS/PPKS.
untuk memberi peluang pelajar yang kurang berminat dalam pembelajaran dalam kelas agar dapat meneruskan pembelajaran secara kemahiran jika berminat.  Program ini juga merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk member peluang pelajaran selain berada di tingkatan 6.
 
Memandangkan kekurangan tempat kerana peperiksaan STPM Penggal 2, maka pelajar-pelajar 6R terpaksa direhatkan pada 22-23 Mei 2013. Bagi pihak pengurusan Tingkatan 6 dan pihak sekolah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini. Semoga segala usaha membuahkan hasil.
 


Disediakan oleh
PKT6

 


Monday, May 6, 2013

Pendaftaran STPM 6 Rendah 2013-2014



PENDAFTARAN  BERMULA 8.00 PAGI DI KELAS MASING-MASING
SILA GUNAKAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH TAHUN LEPAS
JANGAN MEMBUAT PEMBELIAN PAKAIAN SEHINGGA TAKLIMAT
PADA 13 MEI 2013.
PELAJAR YANG TIDAK MENDAFTAR, KEKOSONGAN AKAN DI ISI OLEH
PELAJAR RAYUAN.
KES-KES RAYUAN SILA ISI PERMOHONAN ONLINE, CETAK SALINAN DAN
HANTAR KEPADA PENYELARAS HEM TINGKATAN 6 DI SEKOLAH.