IKLAN

Tuesday, July 30, 2013

Sekitar Pertandingan Scrabble PPU

Tarikh: 30 Julai 2013
Masa: 1.00 petang
Tempat: Bilik Kuliah
Penyelaras: En.Joseph Dreba dan En.Andrew
Unit: MUET
Penyertaan: 15 pasukan (96 pemain)
Penganjur: PPU
Objektif:
            1.Untuk menambah kosa kata bahasa Inggeris
            2.Meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
            3.Menyuburkan minat bahasa Inggeris/MUET

Keputusan:

Johan Individu:Abdul Aziz Bin Othman 6A1(189 skor)
Naib Johan: Amirul Hafiz Muhd Firdaus 6A3(178 skor)
Ketiga:Mohd.Khalequzaman 4S1 (165 skor)


Saguhati Kumpulan:
1.Pink Rock 577 skor-6A3
2.Rain Sound 560 skor 6A1
3.Buddy-472 skor 6A1

Saguhati Perdana
1.Ace-425 skor -4S1
2.Vocab Master-410 skor-4S2
3.Galaxy-401 skor-4S1


















Monday, July 29, 2013

PPU mengadakan Bengkel Mind Mapping & Tarian

P
 
 
PPU SMK Kota Samarahan telah mengadakan bengkel Mind Mapping pada 23 Julai 2013 bertempat di Bilik Kuliah Tingkatan Enam. Program yang berlangsung selama 3 jam ini merupakan perkongsian hasil seminar yang dianjurkan oleh Bank Rakyat. Pembimbing program adalah pelajar-pelajar yang menyertai seminar tersebut dan menyalurkan ilmu yang diperoleh kepada semua pelajar Tingkatan Enam Rendah dan Atas. Objektif bengkel adalah untuk membolehkan pelajar menggunaan kaedah pembelajaran menggunakan Mind Mapping khususnya dalam matapelajaran Sejarah.
 Bengkel ini diselaras oleh En.Yatiman dan En.Sylvester dari Unit Sejarah Tingkatan Enam
 

















Sunday, July 7, 2013

SEMINAR HALA TUJU PELAJAR STPM YAYASAN BANK RAKYAT



Para peserta seminar yang menghadiri Program Hala Tuju Pelajar STPM


KUCHING  06 Julai 2013  Seramai 18 orang pelajar PraU SMK Kota Samarahan dengan diiringi oleh 2 orang guru menyertai Seminar Hala Tuju STPM anjuran Yayasan Bank Rakyat bertempat di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak di Kuching. Seminar yang bermula 6-7 Julai 2013 dikendalikan oleh penceramah yang di undang khas dari Semenanjung iaitu Pn.Norafiza Binti Mohammad Noor seorang Kaunselor berdaftar yang juga diiktiraf sebagai pengamal Spiritual Emotion Freedom Teqhnique. Sepanjang seminar peserta didedahkan dengan Matlamat Diri Pelajar Cemerlang, Pengurusan Strategi Pelajar Cemerlang, Mind Mapping, Profiling Inventory Personality Credo, Haluan Kerjaya dan Penyediaan Profile. Membanggakan dalam penyertaan seminar, 3 hasil kerja terbaik dihasilkan oleh pelajar-pelajar SMK Kota Samarahan. Penyertaan ini diharap dapat membantu pelajar mempunyai hala tuju yang jelas dalam pelajaran dan kerjaya.
Peserta SMK Kota Samarahan merakamkan kenangan

 






Tekun membina Mind Mapping


Kerja Kumpulan dalam menghasilkan tugasan

Antara hasil kerja terbaik dihasilkan pelajar kota


Wakil SMKKS menerima cenderahati dan sijil penyertaan

 

Friday, July 5, 2013

Kejohanan Sukan Tingkatan Enam

Tarikh: 27-28 Jun 2013
Tempat: UNIMAS

SMK  Kota Samarahan turut menghantar penyertaan dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Tingkatan Enam yang dilangsungkan di UNIMAS. Dalam kejohanan tersebut SMK Kota Samarahan menghantar penyertaan dalam Pertandingan Futsal, Bola Jaring dan Bola Tampar. Bertindak selaku pengajur kejohanan Bola Jaring SMK Kota Samarahan menjuarai kejohanan tersebut dan sekaligus dipilih mewakili bahagian Samarahan ke Serikei untuk peringkat negeri. Bagi pihak pengurusan , menghantar penyertaan dalam keadaan tergesa-gesa sudah dianggap satu kejayaan dan kemengan adalah satu bonus. Tahniah juga kepada guru pengiring dan pelajar-pelajar pemain dan ajk kejohanan . Kredit untuk Cikgu Hjh Kadariyah yang membantu sebagai pegawai teknikal Bola Jaring.
Juara Bola Jaring Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Bahagian Samarahan 28 Jun 2013 di UNIMAS merakamkan kenangan bersama Pengetua. Turut Sama adalah Naib Johan dan Tempat Ketiga





Sebahagian aksi sang juara

Sebahagian yang menyaksikan pertandingan

Tetap memberi sokongan
Aksi di padang Futsal tetap bergaya






Aksi Pemain Bola Tampar