IKLAN

Wednesday, August 28, 2013

PPU anjur Sambutan Hari Raya Aidil Fitri secara senderhana

Sebahagian guru menikmatai hidangan disediakan pelajar
PPU SMK Kota Samarahan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 Ogos 2013. Sambutan yang diadakan dalam keadaan sederhana masih mampu mencapai objektif bagi mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sesama pelajar dan guru selain meraikan rakan guru dan pelajar yang bukan islam. Semua pelajar tingkatan 6 atas dan rendah dan guru-guru telah hadir ke majlis tersebut. Berikut merupakan suasana sekitar majlis. Adik Crista Sim selaku pengerusi memohon maaf kepada semua guru dan mengucapkan selamat hari raya
Maaf Zahir & Batin


Menikmati hidangan yang disediakan








Pengerusi PPU Adik Crista Sim Siang Chung menyampaikan ucapan


Tuesday, August 27, 2013

PPU anjur Lawatan Sambil Belajar di Kompleks Mahkamah Kuching

Rombongan Pelajar PraU SMK Kota Samarahan merakam kenangan di hadapan
kompleks mahkamah
27 OGOS 2013   Pelajar PPU 6Rendah , SMK Kota Samarahan berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Mahkamah Kuching. Lawatan dibawah pengurusan matapelajaran Pengajian Am disertai semua pelajar 6rendah seramai 50 orang dan diiringi oleh 5 orang guru. Program ini diurus sendiri oleh pelajar Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Bin Suhardi dibawah bimbingan Cikgu Doris Tressie Tee, Cikgu Berhim Aboi dan Cikgu Lai Giok Hiong. Lawatan  turut diiringi oleh Cikgu Joseph dan En.Yatiman.

Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan pegawai mahkamah
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar keadaan sebenar sistem kehamikan negara seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pengajian Am dan Sejarah. Sepanjang lawatan pelajar diberi taklimat umum oleh Tuan Abdul Razak, Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Tuan Allaudeen Bin Ismail, Ketua Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dengan fungsi setiap tempat duduk dalam bilik bicara, jenis-jenis mahkamah dan bidang kuasa. Pelajar turut teruja mengemukakan soalan terus kepada kedua-dua wakil mahkamah. Pelajar juga berpeluang mengikuti secara langsung kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Sesyen.

Rombongan pelajar sangat bertuah kerana turut dibawa melawat ke bilik pendakwaan iaitu bilik lokap yang menempatkan pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman penjara sementara menanti dibawa ke penjara sebenar. Pelajar juga dibawa melawat ke perpustakaan mahkamah.

Kunjungan ke perpustakaan di mahkamah
En.Yatiman selaku Pen.Kanan Ting.6 merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak mahkamah kerana sudi menerima kunjungan dan segala ilmu yang disampaikan sangat besar maknanya kepada pelajar dan guru.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.






Sebahagian pelajar bersama guru pengiring

Merakam kenangan . Dibelakang adalah gambar mantan ketua-ketua hakim negara

Pen.Kanan Ting.6 menyampaikan cenderahati kepada Tuan Allaudeen Bin Ismail,
 Ketua Hakim Mahkamah Sesyen


Sunday, August 25, 2013

Program Perbincangan Prestasi Akademik STPM Penggal 2

Tarikh: 24 Ogos 2013
Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa: 7.30-11.00 pagi
Objektif; Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM bagi kumpulan bimbingan
Sasaran: 25 orang

Unit Penilaian dan Peperiksaan dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling PraU telah mengadakan program Perbincangan Prestasi Akademik STPM Penggal 2. Program ini melibatkan sasaran pelajar seramai 25 orang dan dihadiri 17 orang ibubapa pelajar masing-masing. Program bermula dengan bacaan doa oleh En.Hossein Sedi, ucpan aluan Pengetua dan Penolong Kanan Tingkatan 6, sesi penerangak pencapaian akademik oleh setiausaha peperiksaan En.Andrew serta sesi penjelasan oleh guru-guru matapelajaran. Sesi yang menyentuh terus kepada kelemahan pelajar ini diharap dapat membantu melonjakkan pencapaian dalam peperiksaan nanti.

Program turut diselitkan dengan menyampaikan sumbangan khas kepada pelajar STPM 2013 yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bagi pendaftaran sesi Sept 2013.
Semoga pelajar yang terlibat beroleh kejayaan.


Sebahagian ibubapa, guru dan pelajar mengaminkan doa semoga majlis mendapat keberkatan

Ucapan Aluan Pengetua Pn.Hjh Maimunah Bujang

Setiausaha Peperiksaan STPM memberi penerangan dan analisis pencapaian pelajar

Ibubapa dan pelajar khusus mendengar penerangan


Guru-guru turut bersama memberi nasihat

Sesi penjelasan  kelemahan pelajar oleh guru yang mengajar


Pn.Suhazana memberi nasihat akademik kepada peserta




PKT6 menerangkan kejayaan pelajar lemah  tetapi Berjaya hingga ke Universiti kerana sikap positif yang ditunjukkan sebagai satu motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan penggal 3.



Adik Roslan Tapa Berjaya ditawarkan ke UPSI bagi sesi kemasukan Sept 2013
Adik Nor Anuar Jamaluddin Berjaya mendapat tempat di UNIMAS menerima sumbangan

Sempat memberi nasihat kepada adik pelajar.

PPU Pamer Tokoh Pemimpin sebagai pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan

Bersempena sambutan Kemerdekaan Negara Kali ke 56, bertemakan "MALAYSIA KU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" pelajar PPU SMK Kota Samarahan tampil dengan gemek pelancaran para pemimpin tokoh Negara yang dilukis sendiri oleh pelajaran aliran seni dibawah bimbingan Pn.Hjh.Normawati. Usaha ini dilakukan  untuk mengenang jasa para pemimpin terdahulu. Berikut adalah sekitar majlis pelancaran hari kemerdekaan yang dilancarkan semasa perhimpunan sekolah 20 Ogos 2013.
Pn.Hjh.Normawati bersama barisan pelajar seni bangga dengan poster pemimpin yang bayak berjasa
Majlis bermula dengan persembahan koir pelajar PPU dan seterusnya adalah perarakan masuk poster lukisan para pemimpin Negara. Pn. Hjh Normawati Binti Hj Zaman mendapat idea ini dengan dua matlamat iaitu sebagai salah satu projek amali seni dan pada masa yang sama untuk sambutan Hari Kebangsaan ke 56 Negara. Penghasilan projek ini telah dimulakan sejak cuti pertengahan penggal kepas.   Selepas persembahan koir dan perarakan masuk poster, acara kemuncak adalah mengebarkan jalur gemilang sebagai bermulanya sambutan peringkat sekolah. 


Persembahan koir oleh pelajar PPU

Selesai pelancaran poster-poster ini dipamerkan di perkarangan masuk ke sekolah disamping mengebarkan bendera kebangsaan Negara.

Sempena bulan kemerdekaan Pra-U juga melalui Panitia-Panitia Matapelajaran akan menjalankan aktiviti berikut:

Panitia Sejarah
Penyelaras: En.Sylvester dan En.Yatiman
Aktiviti: Perbahasan Intelektual Sejarah Malaysia
Tajuk: Kedatangan Penjajah British lebih banyak membawa Kebaikan berbanding keburukan.Bahaskan
Tarikh: 29 Ogos 2013
Masa: 1.20-3.00pm


Panitia Pengajian Am
Penyelaras: En.Doris Tressie & En.Berhim Aboi
Aktiviti: Pertandingan Koir Kemerdekaan Tg.6


Panitia Bahasa Melayu
Penyelaras: Pn.Salviah Hamdan
Aktiviti: Pidato Umum
Tajuk: "MalaysiaKu Berdaulat, Tanah Tumpahnya DarahKu"
Tarikh: 30 Ogos 2013








Jalur Gemilang di kebarkan sebagai simbolik pelancaran sambutan