IKLAN

Thursday, September 26, 2013

PPU anjur Public Speaking

24 Sept 2013- Selasa, PPU melalui usaha En. Andrew Chan berjaya menganjurkan Public Speaking sebagai usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Program yang berlangsung selama 2 1/2 jam itu menampilkan 10 peserta dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas yang bercakap dikhalayak menggunakan bahasa inggeris. Peserta melalui dua peringkat pengucapan awam bahasa inggeris dengan peringkat pertama pelajar dikehendaki bercakap mengenai satu tajuk yang dipilih. Sesi yang kedua pelajar memilih nombor yang mengandungi barang maujud untuk diulas dalam bahasa inggeris secara sepontan.
Program tersebut dihakimi oleh guru-guru bahasa inggeris iaitu Cikgu Racheal Sateh, Cikgu Kenneth dan Cikgu Suzanne Abang Bala. Berikut merupakan sebahagian suasan program tersebut
















Wednesday, September 11, 2013

Pilihanraya PPU 2013-2014

Tarikh: 09.09.2013
Tempat: Bilik Kuliah

Sebagai sebahagian sukatan pelajaran Pengajian Am dan Sejarah STPM, PPU mengadakan Pilihanraya bagi memilih Exco PPU 2013-2014. Pilihanraya memilih wakil pemimpin dalam kalangan pelajar PPU turut disertai oleh guru-guru Tingkatan 6. Pilihanraya dimulakan dengan sesi pengenalan calon. Setiap calon yang bertanding berkesempatan mengemukakan visi dan misi jika terpilih menerajui PPU. Selesai sesi pengenalan, proses pengundian bermula dengan menyemak daftar pemilih, mendapatkan kertas undi, menanda kertas undi, meletakkan kertas undi di peti undi sebelum pengiraan undi dan pengumuman undi. Berikut adalah keputusan rasmi yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang di ketuai oleh Pengerusi PPU lama, Crista Sim dan petugas-petugas pilihanraya. Keputusan ini telahpun disahkan oleh pihak pentadbir sebagai Exco Baharu PPU 2013-2014.





Sesi Calon Memperkenalkan diri

Petugas Pilihanraya dengan daftar pemilih dan kertas undi

Antara guru yang membuang memasukkan undi ke peti undi

Menunaikan tanggungjawab

Saya dah mengundi

Pengerusi PPU 2012-2013 turut mengundi

Menunggu Giliran Mengundi

Dah tunaikan tanggungjawab

Mana calon pilihan ni

" Pidato Merdeka" Memukau Minat Pelajar

30 Ogos 2013- Disebalik pelancaran sambutan Kemerdekaan peringkat SMK Kota Samarahan yang ditemani rintisan hujan pagi, MOHAMMAD SYAHDAD NAQUIYUDDIN HADI B. SUHARDI mampu memukau minat pelajar dan guru sebagai Pemidato Khas mengulas tema hari Kemerdekaan ke-56 iaitu "Malaysiaku Berdaulat, Tanah  TumpahNya  Darahku" . Lengkap berpakaian Melayu , anak muda ini melontarkan bait-bait bicara yang bernas dan mencuit halwa telinga pendengar. Bukan sahaja mampu menyampaikan isi dengan baik, gaya dan intonansi ala pejung kemerdekaan menyebabkan kalangan pelajar terpukau dengan kebolehanya. Beliau juga mampu berinteraksi dengan penonton secara sepontan menyebabkan pelajar bersemangat menghayati erti kemerdekaan. Gaya dan kebolehan beliau lantas mendapat pujian pengetua Pn.Hjh Maimunah Binti Bujang yang melahirkan rasa bangga dan gembira dengan adanya bakat seperti ini. Bagi yang ingin mengetahui petikan pidato beliau di sertakan untuk renungan semua.
“Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku”
 
Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia !
 Memetik kata-kata bapa kemerdekaan kita, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, “Merdeka itu adalah suatu perkqara yang bukan mudah untuk diperoleh, ianya memerlukan pengorbanan bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga ! bahkan nyawa sendiri juga !” Justeru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya. “Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku”Tema kemerdekaan kita pada tahun ini,Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku,apakah maksud sebenar yang perlu kita telusuri di sebalik maksud tema kemerdekaan ini.Pada dasarnya maksud daulat ialah maruah atau identiti sesebuah negara,manakala maksud tanah tumpahnya darahku dianalogikan kepada persoalan usaha masyarakat untuk mengekalkan kemerdekaan negara serta menjamin semangat patriotisme dalam jiwa setiap masyarakat.Oleh itu kita utamakan persoalan apakah usaha yang perlu dan akan kita usahakan demi menjaga kedaulatan negara untuk selama-lamanya.




 




Menyingkap fokus perbicaraan saya, semangat nasionalisme membawa kepada kemerdekaan. Ya, melalui semangat NASIONALISME inilah yang telah menjadikan negara kita sebagai sebuah sebuah negara bangsa. Setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan tidak bertamadun, rakyat negara kita mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah-bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia Kedua tamat.
Desakan yang berupa tunjuk perasaan, bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan rundingan akhirnya membuahkan hasil. Akhirnya pihak Inggeris terpaksa mengaku bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31 Ogos 1957. Bagi saya nasionalisme Melayu harus dipandang sebagai teras nasionalisme Malaya dan perjuangan kemerdekaan. Mengapa? Pertama, secara akar umbinya warisan politik dan budaya Melayu adalah wajah keseluruhan Tanah Melayu berabad lamanya. Kedua, selama lebih 500 tahun orang Melayu dijajah dan akhirnya orang Melayu bangkit menentang penjajah dengan penuh tenaga dan upaya. Ingin saya menyokong hujah di atas dengan merujuk kepada penulisan James Ongkili yang bertajuk The British and Malayan Nationalism, yang menyifatkan nasionalisme Malaya adalah kesinambungan daripada semangat nasionalisme Melayu 1946.
 Namun hadirin sekalian,wujud segelintir masyarakat kita yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia tetapi pada masa yang sama menghina negara sendiri. Kita imbau kembali peristiwa pembalikan Jalur Gemilang di Taiwan yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu.Hanya sekadar tidak mempersetujui dasar yang dibawakan oleh kerajaan terus Jalur Gemilang diterbalikkan.Adakah ini yang kita gelar sebagai warganegara Malaysia,yakni anak watan yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara.Tambahan pula wujud juga sesetengah warganegara kita yang ingin merancang untuk mengubah Jalur Gemilang. Bendera yang selama ini elok sudut dan garisnya ingin dibengkok-bengkokkan. Selain itu ada juga sesetengah warganegara kita yang mengubah genre lagu negaraku.Lagu Negaraku yang selama ini indah dan dinyanyikan dengan genre patriotik kini dilagukan dengan genre dan nada rock.Jelas,bahawa warganegara seperti inilah yang akan menyebabkan kedaulatan negara dihina dan tidak dijaga dengan penuh semangat.
 Sidang saksi yang bervisi,
     Menyusuri aspirasi saya yang ketiga, iaitu sejarah memerdekakan kita, mengapa sejarah dikatakan memerdekakan kita? Mari kita merungkai persoalan ini. Sejarah menceritakan prihal pahlawan-pahlawan dahulu kala yang bertungkus-lumus untuk memerdekakan negeri masing-masing dari cengkaman penjajah. Mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang membara, dan semangat kental itu tidak berakhir sehingga titisan darah terakhir mereka. Melalui sejarah yang telah dicipta oleh pejuang-pejuang terdahulu inilah yang menyebabkan Malaysia sehingga hari ini mampu mempertahankan kemerdekaannya. Mengapa pula? Kerana rakyat Malaysia mengambil secebis semangat kental pejuang terdahulu  untuk dijadikan tangkal azimat demi memerdekakan negara dan mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh. Semangat ini juga terus mengalir di dalam darah anak-anak merdeka dari generasi ke generasi. Pengetehuan mereka mengenai sejarah menjadikan mereka terus berusaha mengekalkan kemerdekaan kerana gusar sejarah akan berulang. Saya ingin memetik bait-bait kata mantan perdana menteri kita yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad “Orang yang tidak tahu sejarah akan mengulangi sejarah”. Jelaslah sejarah merupakan kalam pedoman dan tauladan yang perlu menjadi penanda arah dalam titik kehidupan setiap individu.
 Konklusinya, menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. Pengorbanan pejuang-pejuang kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita kenang dengan ucapan terima kasih dan doa. Sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa perjuangan !
 Oleh itu,kita tanya kepada diri kita,apakah sumbangan dan usaha kita terhadap negara?Apakah rancangan kita untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan yang telah dicapai sebelum ini?Adakah kita sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kedaulatan negara.Tepuk dada tanya diamanakah tahap patriotisme kita jangan asyik bertanya selera makan,selera yang lain tidak diendahkan.Akhir kata daripada saya selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56
 Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku
 Sekian. Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.b.t