IKLAN

Monday, October 28, 2013

Sekitar Majlis Graduasi 2013

Perarakan masuk dewan pelajar
Bertempat di Dewan Suarah Kota Samarahan pada 19 Okt 2013, Majlis Graduasi bagi Pelajar Tingkatan 6 Atas telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Samarahan mewakili YB Pn.Rubiah Hj Wang , Ahli Parlimen P179 Kota Samarahan. Turut hadir adalah Pegawai Pendidikan Bahagian Samarahan En.Mohd Sharkawi Bin Ali Akbar . Majlis yang dikendalikan sepenuhkan oleh Pelajar Pelajar Tingkatan 6 Rendah berjalan dengan baik dan membanggakan apabila sebahagian besar ibu bapa pelajar Ting.6 Atas hadir ke majlis tersebut. Dalam ucapan pengetua, Pn Hjh Maimunah Bujang mengatakan...."Kita sedar tidak semua pelajar berpeluang menjejakkan kaki ke Universiti, maka majlis ini mungkin menjadi kenangan terindah dan terakhir dan bagi pelajar yang akan meneruskan pengajian di peringkat tinggi, maka Majlis Konvokesyen yang lebih gah akan dirasai. Oleh itu jadikan majlis ini sebagai pemakar semangat".    Majlis pada hari itu turut mengiktiraf penglibatan pelajar Tingkatan 6 dengan pemberian sijil-sijil khas.
Sebahagian pelajar 6 Atas yang diraikan
1.Anugerah Terbaik Kokurikulum
2.Anugerah Terbaik Sahsiah
3.Anugerah Pelajar Contoh
4.Anugerah Terbaik Subjek
5.Anugerah Terbaik Matapelajaran

Berikut merupakan sebahagian suasana majlis tersebut. 


Perarakan Masuk Keris dan Cokmar mengiringi tetamu jemputan
Menyanyikan Lagu NegaraKu



Pengetua ketika menyampaikan ucapan


NURUL SYAHIBA BINTI MUHT NAZRI Terbaik Matapelajaran


Crista Sim Pelajar Contoh 

Nor Asmida Rahman Pelajar Terbaik Keseluruhan

TED FERNANDEZ AK TEDDY  Terbaik Kokurikulum

NIZAM AZUWAN MAULAD ISRAI Penghargaan Naib Pengerusi PPU

NOR SYAHBANY BINTI MANSOR Penghargaan Bendahari PPU

NORFAZILAH BT RAZALI Penghargaan Setiausaha PPU

NOORAFINI BT. ARIFIN NG  Terbaik Sahsiah


Residen Samarahan En.Abdul Rahman Sebli Bin Senusi dan PPD Samarahan En.Mohd Sharkawi Bin Ali Akhbar
 melawat Pameran Seni Visual diiringi Pengetua Pn Hjh Maimunah Bujang

Tetamu Jemputan merakamkan kenangan bersama pelajae

En.Thomas Lambada Pegawai Kebudayaan UNIMAS merakam kenangan
bersama pelajar kumpulan gemelan


Guru dan Pelajar Warisan Kota merakam kenangan


Guru-guru Tingkatan 6

Sebahagian guru tingkatan 6 sebagai mentor program

Thursday, October 17, 2013

MAJLIS GRADUASI PPU 2012-2013

Satu penghormatan untuk pelajar-pelajar Ting.6 SMK Kota Samarahan. Hari yang bakal menjadi kenangan terindah di SMK Kota Samarahan.
Anda akan disajikan pengalaman menaiki pentas sebagai graduan. Ini sebagai pembakar semangat untuk anda meneruskan pengajian hingga ke peringkat Universiti. Turut disajikan graduan akan diiringi oleh kemahiran pelajar-pelajar 6Rendah bermain Alat Muzik Gamelan. Turut disajikan profil individu pelajar, Slideshow aktiviti PPU 2013, pameran pendidikan , persembahan lagu dan tidak ketinggalan anugerah2 khas untuk anda.