IKLAN

Monday, November 3, 2014

Sekitar Majlis Graduasi SMK Kota Samarahan & SMK Muara Tuang

Peganjuran Majlis Graduasi SMK Kota Samarahan dan SMK Muara Tuang meriah

29 Okober 2014, bertempat di Dewan Suarah Samarahan, majlis Graduasi pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Kota Samarahan dan SMK Muara Tuang berjalan lancer dan meriah. Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan berkenan merasmikan majlis mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak yang tidak dapat hadir. Majlis Graduasi kali ini menyaksikan 39 pelajar SMK Kota Samarahan dan 113 pelajar SMK Muara Tuang layak bergraduasi. Majlis yang bermula sejak 8.30 pagi diiringi muzik gamelan Seri Kota selain di serikan dengan persembahan lain seperti persembahan multimedia, Tarian dan Nyanyian. Ketika berucap Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan Tuan Haji Mohammad Sarkawi Bin Haji Ali Akhbar memuji penganjuran yang dilakukan oleh semua pelajar sendiri sementara para guru bertindak sebagai pembimbing dan lebih membanggakan dua buah sekolah dapat berkoloberasi dalam menjayakan majlis ini. Beliau juga gembira dengan kehadiran ibubapa sebagai tanda sokongan kepada anak-anak. Beliau menyeru para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat universiti.


Para Graduan bersedia untuk perarakan masuk
Bagi SMK Kota Samarahan Nur Fatimah Az-Zahra Binti Rahmat menerima anugerah pencapaian akademik terbaik, Mohammad Syadad Naquiyuddin Hadi Bin Suhardi meraih anugerak pelajar terbaik kokurikulum dan Koni anak Gunseng menerima anugerah Terbaik Sahsiah. Pelajar contoh sekali lagi disandang oleh Mohammad Syadad Naquidin bin Saidi. Sementara bagi SMK Muara Tuang pula Anugerah Akademik Keseluruhan Semester 1 & 2, ialah MT - Lui Zi Sheng (Sains Tulen) dan  Masuri binti Saini (Sains Sosial). Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum di sandang oleh Desmond Goh Kai Hong, Anugerah Kecemerlangan Sahsiah - Donald ak Sanggin dan  Augerah Tokoh Khas Lui Zi Sheng.

Perarakan masuk para guru

Guru SMKKS dan SMKMT memasuki dewan

Para Graduan SMKKS ceria

Perarakan masuk tetamu jemputan Samarahan Tuan Haji Mohammad Sarkawi Bin Haji Ali Akhbar  Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan mewakili Pengarah JPNS

Mohd Syahdad menyampaikan ucapan wakil pelajar

Ucapan aluan oleh Pengetua SMK Kota Samarahan Pn.catherine Ritikos@Fiziah Abdullah

Ucapan tetamu jemputan  Tuan Haji Mohammad Sarkawi Bin Haji Ali Akhbar 

Para penari dari SMKMT sedia membuat persembahan

Persembahan Gamelan Pra U SMK Kota Samarahan di bawah pimpinan Hjh Norma mengiringi majlis

Turut dipersembahkan tarian kebudayaan 1 Malaysa

D’shooting Star yang menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘One oment in Time’ dan Kau Selalu Ada. 



Mohd Syahdad Pengerusi PPU 2013-2014 menerima cenderahati Jasamu dikenang

o   Siti Noor Fazilla binti Jombit (Setiausaha PPU)

o   Nurul Aini binti Abdul Rahman ( NaibSetiausaha PPU)

o   Kho Su Thin ( Bendahari PPU)

Para tetamu bergambar bersama pelajar Pra U SMKKS


Pelajar Contoh   Mohd Syahdad Naquiyuddin Hadi bin Suhardi


Saturday, September 20, 2014

MUET adakan Public Speaking 2014

2 September 2014, Unit MUET dibawah Cikgu Andrew Chan, Joseph Dreba dan Celestine Nelson telah mengadakan Public Speaking. Berbeza dengan tahun lepas, program ini di adakan di dataran terbuka SMK Kota Samarahan. Seramai 18 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini dan ini merupakan peningkatan dalam kalangan peserta. Pertandingan di adili oleh guru-guru Bahasa Inggeris iaitu Cikgu Kenneth Chong, Pn.Samsiah dan Cik Heather (ETA).  Objektif program adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa dan seterusnya meningkatkan keyakinan para peserta.

Pertaningan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu persembahan dengan tajuk yang diberi dan pada sesi yang kedua , pelajar diberi tajuk secara sepontan. Semasa sesi ulasan, para hakim memuji peserta pertandingan kerana boleh bercakap dalam bahasa inggeris walaupun terdapat kelemahan dalam tatabahasa.

Pertandingan di menangi oleh Mohd.Syahdad dari Tingkatan 6A2





Para peserta yang mengambil bahagian

Para hakim guru bahasa Inggeris dari aliran perdana

Rakan pelajar PPU yang menyaksikan pertandingan

Peserta menanti giliran

Antara gaya peserta


Add caption

PKT6 menyampaikan hadiah kepada peserta

Add caption





En.Andrew Chan penyelaras program

Persatuan Pelajar Pra Universiti (PPU) adakan Pilihanraya

9 Sept 2014, PPU SMK Kota Samarahan telah mengadakan pilihanraya bagi memilih AJK Baharu untuk sesi 2014-2015.
Pilihanraya diadakan selepas seminggu tempoh memperkenalkan calon dan kempen dijalankan. Piliharaya dikendalikan oleh pelajar-pelajar Senior. Turut membuang undi adalah guru-guru khususnya guru Tingkatan 6. Berikut merupakan suasana ketika pilihanraya tersebut.

Guru menyemak nama pada daftar pemilih

Guru membuang undi mengikut giliran

Guru memilih calon di perhatikan pegawai SPR

Seorang pengundi bertanyakan sesuatu kepada pegawai SPR bertugas kerana tertinggal Kad Pengenalan.

Hanya calit hitam yang sah selepas mengundi jangan mengada-ngada

Sedia menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai SPR

Para Pelajar PPU turut membuang undi bagi memilih wakil mereka



Undi adalah rashia , kenapa tengok-tengok?

Sunday, August 17, 2014

Sekitar Program Konsultasi Akademik Penggal 2 & Ramah Tamag Aidilfitri

Sabtu, 9 Ogos 2014 Unit Pengurusan Tingkatan 6 telah mengadakan Program Konsultasi Akademik STPM Penggal 2 dan Ramah Tamah Aidilfitri bertempat di bilik kuliah Ting.6.

Program yang dihadiri oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 6 Atas bersama pelajar ini bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tahap pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan STPM Penggal 2

Sesi dimulai dengan bacaan doa oleh Cikgu Berhim Bin Aboi dan seterusnya ucapan PKT6. Seterusnya En.Andrew Chan membentangkan Analisis Pencapaian Peperiksaan STPM Penggal 2

Selesai sesi penerangan, giliran penyelaras matapelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan, KMK dan Seni Visual bersama tenaga pengajar menerangkan analisis lebih terperinci. Ibu bapa juga di maklum tentang perkembangan akademik anak-anak mereka secara individu dan berpeluang megemukakan soalan.

Sesi soal jawab memberi peluang kepada ibu bapa mengemukakan soalan terus kepada guru-guru bagi matapelajaran yang berkenaan.

Pada sesi kedua adalah jalinan mesra sambutan Aidil Fitri 2014 antara ibu bapa, pelajar dan guru-guru. Aktiviti ini diadakan secara ringkas dan penuh bermakna bertujuan menjalin hubungan mesra antara yang terlibat selain amalan bermaaf-maafan
Cikgu Berhim Aboi memimpin bacaan doa

Ucapan aluan PKT 6

Ibu bapa yang hadir 







Sesi penerangan Pengajian Am




Jamuan Hari Raya bersama pelajar dan ibu bapa