IKLAN

Monday, November 3, 2014

Sekitar Majlis Graduasi SMK Kota Samarahan & SMK Muara Tuang

Peganjuran Majlis Graduasi SMK Kota Samarahan dan SMK Muara Tuang meriah

29 Okober 2014, bertempat di Dewan Suarah Samarahan, majlis Graduasi pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Kota Samarahan dan SMK Muara Tuang berjalan lancer dan meriah. Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan berkenan merasmikan majlis mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak yang tidak dapat hadir. Majlis Graduasi kali ini menyaksikan 39 pelajar SMK Kota Samarahan dan 113 pelajar SMK Muara Tuang layak bergraduasi. Majlis yang bermula sejak 8.30 pagi diiringi muzik gamelan Seri Kota selain di serikan dengan persembahan lain seperti persembahan multimedia, Tarian dan Nyanyian. Ketika berucap Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan Tuan Haji Mohammad Sarkawi Bin Haji Ali Akhbar memuji penganjuran yang dilakukan oleh semua pelajar sendiri sementara para guru bertindak sebagai pembimbing dan lebih membanggakan dua buah sekolah dapat berkoloberasi dalam menjayakan majlis ini. Beliau juga gembira dengan kehadiran ibubapa sebagai tanda sokongan kepada anak-anak. Beliau menyeru para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat universiti.


Para Graduan bersedia untuk perarakan masuk
Bagi SMK Kota Samarahan Nur Fatimah Az-Zahra Binti Rahmat menerima anugerah pencapaian akademik terbaik, Mohammad Syadad Naquiyuddin Hadi Bin Suhardi meraih anugerak pelajar terbaik kokurikulum dan Koni anak Gunseng menerima anugerah Terbaik Sahsiah. Pelajar contoh sekali lagi disandang oleh Mohammad Syadad Naquidin bin Saidi. Sementara bagi SMK Muara Tuang pula Anugerah Akademik Keseluruhan Semester 1 & 2, ialah MT - Lui Zi Sheng (Sains Tulen) dan  Masuri binti Saini (Sains Sosial). Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum di sandang oleh Desmond Goh Kai Hong, Anugerah Kecemerlangan Sahsiah - Donald ak Sanggin dan  Augerah Tokoh Khas Lui Zi Sheng.

Perarakan masuk para guru

Guru SMKKS dan SMKMT memasuki dewan

Para Graduan SMKKS ceria

Perarakan masuk tetamu jemputan Samarahan Tuan Haji Mohammad Sarkawi Bin Haji Ali Akhbar  Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan mewakili Pengarah JPNS

Mohd Syahdad menyampaikan ucapan wakil pelajar

Ucapan aluan oleh Pengetua SMK Kota Samarahan Pn.catherine Ritikos@Fiziah Abdullah

Ucapan tetamu jemputan  Tuan Haji Mohammad Sarkawi Bin Haji Ali Akhbar 

Para penari dari SMKMT sedia membuat persembahan

Persembahan Gamelan Pra U SMK Kota Samarahan di bawah pimpinan Hjh Norma mengiringi majlis

Turut dipersembahkan tarian kebudayaan 1 Malaysa

D’shooting Star yang menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘One oment in Time’ dan Kau Selalu Ada. 



Mohd Syahdad Pengerusi PPU 2013-2014 menerima cenderahati Jasamu dikenang

o   Siti Noor Fazilla binti Jombit (Setiausaha PPU)

o   Nurul Aini binti Abdul Rahman ( NaibSetiausaha PPU)

o   Kho Su Thin ( Bendahari PPU)

Para tetamu bergambar bersama pelajar Pra U SMKKS


Pelajar Contoh   Mohd Syahdad Naquiyuddin Hadi bin Suhardi