IKLAN

Monday, March 24, 2014

Konsultasi Akademik Penggal 1 2013-2014

Laporan Program Konsultasi Akademik STPM 2014

PK Ting.6 Mempengerusi Majlis
SMK KOTA SAMARAHAN 15 MAC 2014,                 Program Konsultasi Akademik Penggal 1 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat. Seramai 31 ibubapa hadir,  44 pelajar dan  16 guru-guru Tingkatan 6. Program diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat, membincangkan kemajuan akademik pelajar bersama semua yang terlibat dengan harapan untuk melonjakkan pencapaian dalam peperiksaan STPM nanti.
Ucapan Aluan  En.Jimali ak Sunang, wakil pengetua


En.Andrew Chan menerangkan analisis STPM    

Majlis pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Berhim Aboi dan ucapan alu-aluan disampaikan oleh En.Jimali ak Sunang, Penolong Kanan Pentadbiran mewakili pengetua. Dalam ucapannya beliau memuji inisiatif yang dilakukan oleh Pengurusan Tingkatan 6 dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir. Selepas ucapan beliau,majlis diteruskan dengan penerangan Analisis STPM Penggal 1 yang disampaikan oleh En.Andrew Chan,  selaku Setiausaha Peperiksaan STPM.  Beliau menjelaskan pencapaian setiap matapelajaran kepada yang hadir dan menyimpulkan bahawa keputusan keseluruhan adalah kurang memuaskan.
Sebahagian guru dan ibu bapa yang hadir
Selaku Pengerusi Majlis,Penolong Kanan Ting.6 ,En,Yatiman Bin Karsodikromo mengambil kesempatan memaklumkan kepada ibu bapa beberapa program yang dirancang bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar seperti  Bengkel Memperkasa Seni Visual, Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan selain merangka Plan Strategik Baharu Sistem Modular. Beliau juga meminta sokongan berterusan dari ibubapa dari segi kewangan kepada anak-anak dan memahami keperluan anak-anak yang agak sibuk dengan 4 subjek PBS yang perrlu disiapkan pada semester kedua ini.Majlis diteruskan dengan slot Dasar Pengambilan Pelajar Lepasan STPM ke IPTA yang disampaikan oleh Pn.Noorsalahen Noor, Guru Bimbingan & Kaunseling.
Penerangan Laluan ke IPTA oleh Pn.Noorsalehan Guru Bimbingan & Kaunseling
Pada slot ini ibubapa dan pelajar ditekankan pentingnya belajar bermatlamat sesuai dengan motto Tingkatan 6 iaitu  “ Di sini gerbang ke universtit…”. Pelajar disaran belajar bersungguh-sungguh dengan memenuhi syarat kemasukan berdasarkan pencapaian cemerlang dalam STPM. 
Penerangan Seni Visual
Sesi seterusnya adalah perkongsian penyelaras matapelajaran ; Pengajian Am (Berhim Aboi), Bahasa Melayu (Suhazana Sabudin), Muet (Andrew Chan),Pendidikan Seni Visual (Raziman Beli), Sejarah (Pengajian Perniagaan ) dan Kesusasteraan Komunikatif (Salhi Bin Ayan). Perkongsian ini memberi maklumat kepada ibu bapa keperluan setiap matapelajaran.
Penerangan Subjek Pengajian Perniagaan

Penerangan subjek Sejarah
Guru Bersedia untuk perbincangan akademik
Penerangan oleh guru Pengajian Am


Sebelum majlis berakhir, program pagi diselitkan dengan upacara penyerahan sumbangan derma kepada Suhaimi Bin Akil Tingkatan 6A2, berjumlah RM273.00  yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak. Sumbangan di ini diusahakan Biro Kebajikan PPU di bawah seliaan Pn.Suhazana Binti Sahabudin dan kutipan hanya dilakukan ke atas guru dan pelajar Tingkatan 6 sahaja. Majlis seterusnya adalah penyerahan Boucher Buku 1 Malaysia berjumlah RM250.00 setiap pelajar telah dilakukan melalui guru tingkatan masing-masing.

Penolong Kanan Tingkatan 6, mengakhiri majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran En.Jimali ak Sunang, Guru dan Ibu bapa pelajar yang hadir. Semoga majlis pagi ini akan membuahkan hasil dan mencapai matlamat program