IKLAN

Tuesday, April 15, 2014

Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Melayu, Sejarah dan STPM 2014

12 APRIL 2014 Dewan Suarah Kota Samarahan .Unit Pra U  SMK Kota Samarahan telah menagdakan Bengkel Menjawab Soalan bagi Matapelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan.

Majlis bermula dengan perasmian oleh pengetua SMK Kota Samarahan Pn.Fiziah Abdullah dan bengkel bermula pada jam 8.00 pagi oleh Penceramah jemputan En.Zulkarnain Farahin Seli@ Philip Seli dari SMK Secret Heart Sibu seorang penyemak kertas soalan.
 
Pengetua Pn.Fiziah Abdullah melakukan perasmian Bengkel

Penyelaras Bahasa Melayu Pn.Suhazana menyampaikan cenderamata kepada penceramah BM


Sesi kedua merupakan bengkel Sejarah oleh Cik Sabariah Bt Den, Penceramah yang di undang dari SMK Tun Abul Razak juga seorang penyemak kertas soalan.
 
PK Ting.6 menyampaikan cenderamata kepada penceramah Sejarah  Cik Sabariah

Sebahagian pelajar yang menyertai bengkel


Pada jam 2 petang Bengkel Menjawab Salan Pengajian Perniagaan disampaikan  oleh penyemak kertas soalan dan juga Guru Cemerlang Pengajian Perniagaan Cik Norhafilah Awaludin 
 
PKT6 menyampaikan cenderamata kepada penceramah Pengajian Perniagaan

Penghargaan kepada guru yang terlibat dari SMK Simunjan

Guru SMK Wira Penrissen

Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Kota Samarahan, SMK Muara Tuang, SMK Wira Penrssen, SMK Balai Ringgin dan SMK Simunjan.



Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan bengkel ini dan berharap keputusan STPM Bahagian Samarahan dapat di tingkatkan

Senarai Sekolah Terlibat:
Bil
Nama Sekolah
Jumlah Guru
Jumlah Pelajar
Matapelajaran
1
SMK MUARA TUANG
1
22
BAHASA MELAYU
2
SMK WIRA PENRISSEN
1
39
BAHASA MELAYU
3
SMK TARAT
1

BAHASA MELAYU
4
SMK BALAI RINGIN
1
18
BAHASA MELAYU
5
SMK KOTA SAMARAHAN
2
40
BAHASA MELAYU
6
SMK MUARA TUANG
1
25
SEJARAH
7
SMK WIRA PENRISSEN
1
34
SEJARAH
8
SMK KOTA SAMARAHAN
3
22
SEJARAH
9
SMK MUARA TUANG
1
20
PENGAJIAN PERNIAGAAN
10
SMK WIRA PENRISSEN
1
10
PENGAJIAN PERNIAGAAN
11
SMK SIMUNJAN NO.1
2

PENGAJIAN PERNIAGAAN
12
SMK BALAI RINGIN
2

PENGAJIAN PERNIAGAAN
13
SMK KOTA SAMARAHAN
2
12
PENGAJIAN PERNIAGAAN


Panitia Pengajian Am adakan Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am

Unit Pengajian Am, Pra Universiti SMK Kota Samarahan menganjurkan Bengkel menjawab soalan Pengajian AM pada 1 April 2014 dari jam 2-5 petang bertempat di Bilik Kuliah Tingkatan 6. Penceramah jeputan ialah Pn.Ramilah Boje dari SMK Tun Abang Haji Openg. Beliau merupakan seorang JU dan penyemak kertas soalan yang berpengalaman.

Program ini bertujuan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan penggal 2. Melalui bengkel ini beberapa tip penyemakan soalan dikongsi bersama pelajar dan bagaimana untuk pelajar mendapat markah yang baik.

Seramai 29 orang pelajar telah hadair. Sesi perbincangan juga dibuka antara penceramah dan pelajar. Majlis berakhir dengan penyampaian cederahati kepada penceramah oleh En. Yatiman sebagai tanda penghargaan.
Kami berharap program ini akan melonjakkan lagi keputusan peperiksaan dalam STPM nanti.

Friday, April 4, 2014

Laporan Bengkel Memperkasa Seni Visual STPM Negeri Sarawak



KUCHING            22 Mac 2014       SMK Kota Samarahan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah berjaya mengadakan Bengkel Memperkasa Seni Visual Peringkat Negeri Sarawak yang di adakan di Auditorium JPN Sarawak.

Bengkel sehari itu dihadiri oleh 32 buah sekolah                dengan jumlah pelajar 251 dan guru 43 orang dari seluruh negeri Sarawak. Antara sekolah yang terlibat adalah Smk Petra Jaya, SMK Matang Jaya, SMK Batu Kawa, SMK Setia Raja, SMK Stampin, SMK Tun Abang Hj.Openg, SMK Muara Tuang, SMK Tun Abdul Razak, SMK Serian, SMK Asajaya, SMK Wira Penrissen, SMK SImunjan No.1, SMK Taee, SMK Spaoh, SMK Meradong, SMK Kalaka, SMK Serikei, SMK St.Augustine, SMK Simanggang, SMK Pusa, SMK Sri Aman, SMK Kampung Nangka, SMK  Chung Hua Sibu, SMK Kanawit, SMK Lopeng Tengah, Smk Marudi dan SMK Kota Samarahan.
Pendaftaran Peserta
Sedia untuk mendengar ceramah


Sebahagian peserta yang datang awal


Bengkel tersebut telah di sempurnakan oleh penceramah jemputan En.Hassan Mohd Ghazzali, Pensyarah Kanan UPSI , yang juga merupakan penggubal dan pemeriksa kertas Seni Visual STPM. Beliau telah menyentuh ketiga-tiga kertas iaitu Lukisan dalam Pengkaryaan dan Perekaan,  Projek Kajian Seni Visual dan Apresiasi Seni Visual.
En.Hassan Ghani Pensyarah UPSI
Pengetua SMK Kota Samarahan Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah dalam ucapan aluannya melahirkan rasa terharu kerana penyertaan yang diluar jangkaan dan memaklumkan usaha SMK Kota Samarahan mengadakan bangkel ini adalah untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran Seni Visual dalam STPM di semua sekolah yang mengambil Seni Visual dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh  Tuan Haji Mat Ali bin Abang Masagus, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik. Dalam ucapanya beliau menyatakan rasa bangga dengan pencapaian negeri Sarawak kerana menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Beliau juga memuji usaha SMK Kota Samarahan menganjurkan bengkel ini selaras dengan motto Jabatan Pendidikan Sarawak iaitu “ Terus Menjulang Sarawak”. Beliau gembira kerana sambutan pelajar dan guru sangat menggalakkan dan  berharap, program-program seperti ini diperbanyakkan untuk matapelajaran lain pada masa akan datang. Ucapan terima kasih juga beliau lontarkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Ucapan Pengetua SMK Kota Samarahan


Ucapan Ketua Sektor Akademik mewakili Pengarah
Penyampaian Cenderahati


Bengkel Memperkasa Seni Visual berakhir pada jam 5.00 petang setelah majlis penutupan dilakukan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Haji Mohd Sharkawi Bin Haji Ali Akhbar.  Beliau juga memuji usaha yang dilakukan pihak sekolah dan selaku Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan sentiasa memberi sokongan kepada sekolah-sekolah yang berhasrat mengadakan program serupa.
Ucapan Penutupan oleh PPD Samarahan

Penyampaian Sijil




Bagi pihak Tingkatan 6, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak khususnya En.Awang Zainal, Persatuan Pelajar Pra Universiti (PPU) SMK Kota Samarahan, guru-guru Tingkatan 6, guru Kaunseling Pn.Noorsalehan Noor dan semua yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung.