Laporan Program Konsultasi Akademik STPM 2014
|
PK Ting.6 Mempengerusi Majlis |
SMK KOTA SAMARAHAN 15 MAC 2014, Program Konsultasi Akademik
Penggal 1 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat. Seramai 31
ibubapa hadir, 44 pelajar dan 16 guru-guru Tingkatan 6. Program diadakan
bertujuan untuk berkongsi maklumat, membincangkan kemajuan akademik pelajar
bersama semua yang terlibat dengan harapan untuk melonjakkan pencapaian dalam
peperiksaan STPM nanti.
|
Ucapan Aluan En.Jimali ak Sunang, wakil pengetua |
|
En.Andrew Chan menerangkan analisis STPM |
Majlis pagi itu dimulakan dengan
bacaan doa oleh Cikgu Berhim Aboi dan ucapan alu-aluan disampaikan oleh
En.Jimali ak Sunang, Penolong Kanan Pentadbiran mewakili pengetua. Dalam
ucapannya beliau memuji inisiatif yang dilakukan oleh Pengurusan Tingkatan 6
dan mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang hadir. Selepas ucapan
beliau,majlis diteruskan dengan penerangan Analisis STPM Penggal 1 yang
disampaikan oleh En.Andrew Chan, selaku
Setiausaha Peperiksaan STPM. Beliau
menjelaskan pencapaian setiap matapelajaran kepada yang hadir dan menyimpulkan
bahawa keputusan keseluruhan adalah kurang memuaskan.
|
Sebahagian guru dan ibu bapa yang hadir |
Selaku Pengerusi Majlis,Penolong
Kanan Ting.6 ,En,Yatiman Bin Karsodikromo mengambil kesempatan memaklumkan
kepada ibu bapa beberapa program yang dirancang bagi meningkatkan pencapaian
akademik pelajar seperti Bengkel Memperkasa
Seni Visual, Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu dan
Pengajian Perniagaan selain merangka Plan Strategik Baharu Sistem Modular.
Beliau juga meminta sokongan berterusan dari ibubapa dari segi kewangan kepada
anak-anak dan memahami keperluan anak-anak yang agak sibuk dengan 4 subjek PBS
yang perrlu disiapkan pada semester kedua ini.Majlis diteruskan dengan slot
Dasar Pengambilan Pelajar Lepasan STPM ke IPTA yang disampaikan oleh
Pn.Noorsalahen Noor, Guru Bimbingan & Kaunseling.
|
Penerangan Laluan ke IPTA oleh Pn.Noorsalehan Guru Bimbingan & Kaunseling |
Pada slot ini ibubapa dan
pelajar ditekankan pentingnya belajar bermatlamat sesuai dengan motto Tingkatan
6 iaitu “ Di sini gerbang ke
universtit…”. Pelajar disaran belajar bersungguh-sungguh dengan memenuhi syarat
kemasukan berdasarkan pencapaian cemerlang dalam STPM.
|
Penerangan Seni Visual |
Sesi seterusnya adalah perkongsian penyelaras
matapelajaran ; Pengajian Am (Berhim Aboi), Bahasa Melayu (Suhazana Sabudin),
Muet (Andrew Chan),Pendidikan Seni Visual (Raziman Beli), Sejarah (Pengajian
Perniagaan ) dan Kesusasteraan Komunikatif (Salhi Bin Ayan). Perkongsian ini
memberi maklumat kepada ibu bapa keperluan setiap matapelajaran.
|
Penerangan Subjek Pengajian Perniagaan |
|
Penerangan subjek Sejarah |
|
Guru Bersedia untuk perbincangan akademik |
|
Penerangan oleh guru Pengajian Am |
Sebelum majlis berakhir, program
pagi diselitkan dengan upacara penyerahan sumbangan derma kepada Suhaimi Bin
Akil Tingkatan 6A2, berjumlah RM273.00
yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan sedang menjalani
rawatan di Hospital Umum Sarawak. Sumbangan di ini diusahakan Biro Kebajikan
PPU di bawah seliaan Pn.Suhazana Binti Sahabudin dan kutipan hanya dilakukan ke
atas guru dan pelajar Tingkatan 6 sahaja. Majlis seterusnya adalah penyerahan
Boucher Buku 1 Malaysia berjumlah RM250.00 setiap pelajar telah dilakukan
melalui guru tingkatan masing-masing.
Penolong Kanan Tingkatan 6,
mengakhiri majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada Penolong Kanan
Pentadbiran En.Jimali ak Sunang, Guru dan Ibu bapa pelajar yang hadir. Semoga
majlis pagi ini akan membuahkan hasil dan mencapai matlamat program