|
Tetamu di sambut dengan iringan bunga mangar |
24 Mei 2014, SMK Kota Samarahan telah menerima kunjungan rakan Tingkatan Enam senegara dari SMK Kajang Utama, Selangor. Program yang bermatlamat untuk membina jaringan interaksi yang merentasi sempadan negeri dalam hasrat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berkepimpinan dan berkebolehan itu bertemakan "Membina Jaringan Komunikasi Pra-U Senegara".
Kedatangan para tetamu telah di sambut dengan bunga manggar dan dipersembahkan dengan dua buah persembahan kebudayaan iaitu tarian Ngajat dan Silat. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada kedua-dua pihak . Majlis dirasmikan oleh Pn Catrine Ritikos@Fiziah Abdullah, pengetua SMK Kota Samarahan. Beliau melahirkan rasa bangga kerana SMK Kota Samarahan terpilih sebagai destinasi lawatan.
|
Silat turut di persembahkan |
|
Pengetua SMK Kota Samarahan menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis |
|
Pengetua bersama guru pengiring |
Majlis tambah gamat apabila persembahan Gendang Melayu Sarawak dipersembahkan. Gendang Melayu Sarawak merupakan acara kebudayaan tradisi masyarakat Sarawak. Dua pemain muzik dan dua penari khas warga tua di jemput khas bagi mempersembahkan tarian etnik Melayu Sarawak ini. Pelajar dan guru dari SMK Kajang Utama berpeluang mendengar pantun sepontan atau di panggil "bermukun" dan menari atau di panggil "bertandak". Program ini merupakan juga salah satu program menghargai warga emas iaitu Program DWEN di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling.
|
Pemuzik Gendang Melayu Sarawak dari warga emas |
|
Penandak yang dijemput khas menarik perhatian |
|
Pelajar mencuba tarian "Bertandak" |
|
Guru jugta berpeluang mencuba bakat |
Majlis di teruskan dengan Sesi Dialog bertajuk Memacu Paradigma Pelajar Pra Universiti yang di pengerusikan oleh En.Ibrahim Aboi. Matlamat sesi ini adalah untuk mencungkil buah fikir rasa hati pelajar berkaitan pelaksanaan tugasan projek dan penyelidikan . Seramai 3 ahli panel pelajar setiap sekolah mengambil bahagian dalam sesi ini.
|
Sesi Dialog: Memacu Paradigma Pelajar Pra Universiti di pengerusikan Cikgu Brahim Aboi |
|
Pengerusi PPU mewakili SMK Kota Samarahan memberi pendapat dalam sesi dialog |
Acara pagi diteruskan dengan Sukan Muhibah melibatkan Pertandingan Bola Jaring dan Acara Menyumpit. Acara menyumpit merupakan acara tradisi masyarakat Sarawak dari kaum Dayak. Pelajar dan guru berpeluang mencuba acara ini.
|
Taklimat menyumpit di sampaikan oleh En.Joseph |
|
Biar Betul! Gaya tetap ada |
Tetamu turut dihidangkan dengan makanan tradisi masyarakat Sarawak seperti Mee Laksa Sarawak, Ayam Pansuh, Umai , Kuih Celorot malah tetamu turut dihadiahkan dengan cenderamata bermotif Sarawak.
Ringkasnya, SMK Kota Samarahan telah menampilkan ciri-ciri dan budaya setempat kepada pengunjung. Di harap program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan senegara dalam kalangan pelajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
Acara-acara lain yang dijalankan seperti permainan bola jaring,menyumpit dan hidangan tengah hari berkonsepkan Sarawak seperti Mee Laksa Sarawak, Umai, Ayam Pansuh dan Kuih Celorot dihidangkan kepada para tetamu.
Diharap program ini berjaya memberi ilmu pengetahuan yang berguna dan merapatkan lagi hubungan muhibah antara sekolah yang terlibat.
|
Persembahan pelajar-pelajar SMK Kajang Utama |
|
Bukan main silap mata |
|
Para penari SMK Kota Samarahan |
|
Sempat bergambar kenangan |
|
Ada gaya tak? |
|
Yes, aku dapat..... |
|
Pemain bole jaring |
|
Wakil SMK Kajangmenerima sijil penghargaan |
|
Menjamu Selera |