IKLAN

Sunday, August 17, 2014

Sekitar Program Konsultasi Akademik Penggal 2 & Ramah Tamag Aidilfitri

Sabtu, 9 Ogos 2014 Unit Pengurusan Tingkatan 6 telah mengadakan Program Konsultasi Akademik STPM Penggal 2 dan Ramah Tamah Aidilfitri bertempat di bilik kuliah Ting.6.

Program yang dihadiri oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 6 Atas bersama pelajar ini bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tahap pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan STPM Penggal 2

Sesi dimulai dengan bacaan doa oleh Cikgu Berhim Bin Aboi dan seterusnya ucapan PKT6. Seterusnya En.Andrew Chan membentangkan Analisis Pencapaian Peperiksaan STPM Penggal 2

Selesai sesi penerangan, giliran penyelaras matapelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan, KMK dan Seni Visual bersama tenaga pengajar menerangkan analisis lebih terperinci. Ibu bapa juga di maklum tentang perkembangan akademik anak-anak mereka secara individu dan berpeluang megemukakan soalan.

Sesi soal jawab memberi peluang kepada ibu bapa mengemukakan soalan terus kepada guru-guru bagi matapelajaran yang berkenaan.

Pada sesi kedua adalah jalinan mesra sambutan Aidil Fitri 2014 antara ibu bapa, pelajar dan guru-guru. Aktiviti ini diadakan secara ringkas dan penuh bermakna bertujuan menjalin hubungan mesra antara yang terlibat selain amalan bermaaf-maafan
Cikgu Berhim Aboi memimpin bacaan doa

Ucapan aluan PKT 6

Ibu bapa yang hadir 







Sesi penerangan Pengajian Am




Jamuan Hari Raya bersama pelajar dan ibu bapa









Saturday, August 16, 2014

Sekitar Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Bahagian Samarahan

5 Ogos 2014, Kejohanan Sukan Bahagian Samarahan telah dijalankan di dua lokasi iaitu di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak dan IADA Kota Samarahan. Kejohanan ini melibatkan 16 sekolah yang mempunyai tingkatan 6 di Bahagian Samarahan. Empat jenis sukan dipertandingkan iaitu Badminton, Bola Jaring, Futsal dan Bola Tampar.

 Objektif kejohanan adalah untuk memilih pasukan yang akan mewakili bahagian Samarahan ke Kejohanan Sukan Peringkat Negeri di Serikei pada 7 dan 0 Ogos 2014.



Dalam kejohanan kali ini , SMK Kota Samarahan tidak meletakkan sebarang sasaran kerana tidak berpeluang menjalani latihan intensif . Hal ini adalah kerana sebahagian besar pelajar menjalani ibadah puasa. Ting.6 SMK Kota Samarahan hanya berhasrat menjadi urusetia terbaik bagi penganjuran sukan Badminton dan Bola Jaring selain mendapatkan markah peringkat bahagian. Pelajar-pelajar Pra U SMK Kota Samarahan telah menjalankan peranannya sebagai pegawai-pegawai sukan bagi Badminton dan Bola Jaring. Sebahagian pelajar juga terlibat membuka gerai jualan.

Pengetua Pn.Catherine@Fiziah Abdullah turut berkesempatan melawat dan diakhir kejohanan Penolong Kanan Ting.6 telah menyampaikan pingat kepada peserta dan pasukan yang berjaya.


Pasukan yang bertanding selepas mendengar taklimat

Salah satu pasukan dalam pertandingan Bola Tampar

PPU SMK Kota Samarahan membuka gerai jualan

Futsal 

Bola Tampar


Badminton

Pengetua melapangkan masa di gelanggang Badminton

Penyampaian pingat kepada juara badminton SMK Sg Tapang


SMK Sungai Tapang juara keseluruhan Badminton

Urusetia Badminton merakamkan kenangan

Penyampaian pingat kepada pengadil bola jaring

Penyampaian pingat kepada pasukan Bola Jaring yang di menangi SMK Serian


Urusetia Bola Jaring merakamkan kenangan