IKLAN

Sunday, August 17, 2014

Sekitar Program Konsultasi Akademik Penggal 2 & Ramah Tamag Aidilfitri

Sabtu, 9 Ogos 2014 Unit Pengurusan Tingkatan 6 telah mengadakan Program Konsultasi Akademik STPM Penggal 2 dan Ramah Tamah Aidilfitri bertempat di bilik kuliah Ting.6.

Program yang dihadiri oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 6 Atas bersama pelajar ini bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa tahap pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan STPM Penggal 2

Sesi dimulai dengan bacaan doa oleh Cikgu Berhim Bin Aboi dan seterusnya ucapan PKT6. Seterusnya En.Andrew Chan membentangkan Analisis Pencapaian Peperiksaan STPM Penggal 2

Selesai sesi penerangan, giliran penyelaras matapelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Perniagaan, KMK dan Seni Visual bersama tenaga pengajar menerangkan analisis lebih terperinci. Ibu bapa juga di maklum tentang perkembangan akademik anak-anak mereka secara individu dan berpeluang megemukakan soalan.

Sesi soal jawab memberi peluang kepada ibu bapa mengemukakan soalan terus kepada guru-guru bagi matapelajaran yang berkenaan.

Pada sesi kedua adalah jalinan mesra sambutan Aidil Fitri 2014 antara ibu bapa, pelajar dan guru-guru. Aktiviti ini diadakan secara ringkas dan penuh bermakna bertujuan menjalin hubungan mesra antara yang terlibat selain amalan bermaaf-maafan
Cikgu Berhim Aboi memimpin bacaan doa

Ucapan aluan PKT 6

Ibu bapa yang hadir 







Sesi penerangan Pengajian Am




Jamuan Hari Raya bersama pelajar dan ibu bapa









No comments:

Post a Comment