IKLAN
Monday, December 31, 2012
Warga Pendidik SMK Kota akhiri tahun 2012 dengan Kursus Program i-Think
Tarikh:31.Disember 2012
Tempat: SMK Kota Samarahan
Program: Kursus i-Think
Penyelaras Program: En.Andrew Chan
Pasukan Pemandu:
1.Pn.Lau Choon Teng
2.Pn.Hjh.Rabiah Daud
3.En.Peterson Empading
Objektif: Mendedahkan guru-guru kepada alat bantu berfikir (Thingking Tools) bagi kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran tahun 2013
Apa itu i-Think?
Wednesday, December 26, 2012
MAKLUMAT PENTING UNTUK GURU & PELAJAR
A.
PERKARA: MESYUARAT PENGURUSAN
TARIKH: 27.12.2012
HARI: KHAMIS
MASA:8.30 PAGI
TEMPAT; BILIK MESYUARAT
B.
PERKARA: MESYUARAT GURU
TARIKH: 28.12.2012
HARI: JUMAAT
MASA: 7.00 PAGI-4.00 PETANG
TEMPAT: BILIK SEMINAR, DEWAN SUARAH
C.
PERKARA: PENDAFTARAN PELAJAR
TARIKH: 29.12.2012
HARI: SABTU
MASA: 7.30 PAGI-11.30 PAGI
TEMPAT: SMK KOTA SAMARAHAN
D
PERKARA: PENGAGIHAN LATOP 1 MALAYSIA
TARIKH: 29.12.2012
HARI: SABTU
MASA: 2.00 PETANG-3.00 PETANG
PELAJAR TERLIBAT: TING.4 SAHAJA(2012)
PERKARA: MESYUARAT PENGURUSAN
TARIKH: 27.12.2012
HARI: KHAMIS
MASA:8.30 PAGI
TEMPAT; BILIK MESYUARAT
B.
PERKARA: MESYUARAT GURU
TARIKH: 28.12.2012
HARI: JUMAAT
MASA: 7.00 PAGI-4.00 PETANG
TEMPAT: BILIK SEMINAR, DEWAN SUARAH
C.
PERKARA: PENDAFTARAN PELAJAR
TARIKH: 29.12.2012
HARI: SABTU
MASA: 7.30 PAGI-11.30 PAGI
TEMPAT: SMK KOTA SAMARAHAN
D
PERKARA: PENGAGIHAN LATOP 1 MALAYSIA
TARIKH: 29.12.2012
HARI: SABTU
MASA: 2.00 PETANG-3.00 PETANG
PELAJAR TERLIBAT: TING.4 SAHAJA(2012)
Wednesday, December 19, 2012
Tahniah kepada pelajar cemerlang PMR 2012
En.Jimali ak Sunang mengumumkan senarai pelajar cemerlang PMR 2012 |
Ibu bapa bergambar kenangan bersama pelajar cemerlang |
Sebahagian pelajar daripada 11 orang yang berjaya mendapat semua A |
Saturday, December 1, 2012
Program Khidmat Masyarakat Pra-U Sesi 2012/2013
Nama Program: Sekolah Ku Ceria
Tarikh:
Objektif:
Penyelaras Program: Hjh.Normawati Binti Zaman, Cikgu Salhi Ayan, Cikgu Doriss
Tarikh:
Objektif:
Penyelaras Program: Hjh.Normawati Binti Zaman, Cikgu Salhi Ayan, Cikgu Doriss
Tuesday, October 23, 2012
SMK Kota ke Pameran Dialog Nasional Plan Pendidikan Malaysia
20 Oktober 2012, Seramai 20 orang pelajar SMK Kota diiringi oleh empat orang guru berkesempatan menghadiri pameran sempena Dialog Nasional Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Para guru dan pelajar tidak melepaskan peluang menyuarakan pendapat secara online yang disediakan.
Ambil peluang beri pandangan |
Guru pun ambil kesempatan beri cadangan |
Pelajar PPU menggunakan kesempatan diberi untuk kemukakan cadangan |
Lonjakkan pendidikan di Sarawak
Oleh ZAAIN ZIN
zaain.zin@utusan.com.my
zaain.zin@utusan.com.my
Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Samarahan mengemukakan
pandangan pada majlis penutupan Forum Mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan
Malaysia di Kuching, semalam.
KUCHING
22 Okt. - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 yang akan
dilaksanakan tahun depan mampu membantu melonjakkan mutu pendidikan di negeri
ini supaya setaraf dengan negeri-negeri lain terutama di Semenanjung.
Menteri Kebajikan,
Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata,
berbanding negeri-negeri di Semenanjung, bidang pendidikan di Sarawak diakui
agak ketinggalan dalam beberapa aspek.
Katanya, antara aspek
itu adalah akses kepada pendidikan yang lebih meluas serta infrastruktur yang
lebih canggih dan lengkap.
"Sehubungan itu,
semua pihak termasuk ibu bapa, golongan pendidik, pertubuhan dan agensi swasta
perlu memanfaatkan peluang yang ada dengan menyumbang input bernas sepanjang
laporan awal pelan ini dibentangkan.
"Laporan awal
pelan ini akan dibuka untuk mana-mana pihak mengemukakan idea atau pandangan
bagi tujuan penambahbaikan sebelum dimuktamadkan menjelang hujung tahun
ini," katanya.
Beliau berucap
menyempurnakan majlis penutupan Forum Mengenai Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 anjuran Institut Pengurusan Sarawak (Masa) di
Pustaka Negeri, di sini hari ini.
Yang turut hadir,
Pengarah Unit Pembangunan Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri, Dr. Abdul Rahman
Deen; Presiden Persatuan India Sarawak, Piara Singh Gill serta Timbalan
Presiden Masa, Datuk Dr. Hatta Solhi.
Fatimah memberitahu,
kerajaan menghargai pandangan semua pihak di peringkat akar umbi terutama warga
pendidik biasa memandangkan golongan itu akan berdepan secara langsung dengan
setiap pelaksanaan dasar.
Dalam perkembangan
berkaitan, beliau berkata, pihaknya akan memastikan pelan tersebut turut
memberi tumpuan dalam meningkatkan akses dan kualiti pendidikan khas bagi
membolehkan golongan istimewa di negeri ini memperoleh peluang pendidikan
seperti kanak-kanak normal.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121023/wb_03/Lonjakkan-pendidikan-di-Sarawak#ixzz2A7ttq7SX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, October 22, 2012
Sekitar Majlis Jamuan Akhir Tahun Pra Universiti SMK Kota Samarahan
Pn.Hjh Maimunah Pengetua SMK Kota Samarahan mengharapkan pelajar PPU menyerlah dalam akademik dan sahsiah untuk menghadapi pembelajaran di peringkat tinggi. |
En.Yatiman selaku PKT 6 mengesa PPU menjaga kebajikan ahli |
Adik Kenny Pengerusi PPU menyampaikan ucapan |
Sunday, September 30, 2012
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL
DAN HADIAH WARISAN BUDAYA TEMPATAN (LOCAL CONTENT) ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH SEKITAR BANDARAYA KUCHING 2012
22 SEPT 2012 (SABTU)
AUDITORIUM, PUSTAKA NEGERI
SARAWAK , KUCHING.
Laporan
oleh: Hjh. Nurmawati Hj. Zaman
( Guru Pengiring )
Pertandingan
Warisan Budaya Tempatan ( Local Content )
2012 telah dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak yang bermula pada 29
Jun 2012. Pelajar-pelajar telah diberi taklimat
dan didedahkan pada kelas Literasi bersempena Pertandingan tersebut.
Walaupun SMK Kota
Samarahan
adalah sekolah dipinggir Kuching namun kami terpanggil untuk menyertai
pertandingan ini.
Pelajar-
pelajar yang terlibat ialah Nizam Azuwan Maulad Israil ( Ketua ). Ummi Nur Hikmah bt. Julaihi, Nur Afiqa Bt. IbrahimHasan dan
Nur Asyiqin bt. Jamil. Mereka adalah
pelajar-pelajar tingkatan 6Rendah. Puan Hjh. Imilia dari Uitm telah menjadi Penyelia kumpulan sekolah kami.
Pelajar-pelajar
telah memilih kajian yang bertajuk, Kuih
Celorot: Kuih Tradisi Melayu Sarawak .
Penyelidikan
ini memfokus pada makanan tradisi yang mempunyai sejarah dan signifikasi kuih
kepada masyarakat Sarawak. Kajian mereka yang berbentuk deskriptif telah dibuat
di kawasan Kota Samarahan sahaja.
Walaupun
pelajar-pelajar hanya mendapat saguhati, namun sebagai seorang guru, saya berbangga
dengan pembentangan pagi itu. Mereka bersemangat dan setiap orang telah
membentang kajian masing-masing dengan sebutan fakta yang jelas dengan intonasi
yang kreatif.
SYABAS ANAK-ANAK SMKKS &
TERIMA KASIH PN. HJH. IMILIA
Gambar
kenang-kenangan selepas Pertandingan/ Pembentangan
|
NUR ASYIKIN BT. JAMIL |
NUR AFIQAH BT IBRAHIMHASAN |
NIZAM AZUWAN MAULAD ISRAIL KETIKA PEMBENTANGAN |
Tuesday, August 28, 2012
SMK Kota Samarahan Hasilkan Banner 1 Malaysia
Sinonpsis
Banner 1 Malaysia
Saya, Hjh. Nurmawati ingin berkongsi
pada rakyat Malaysia apakah itu Kemerdekaan? Kemerdekaan bukan bermaksud hanya keluar dari jajahan penjajah tapi jajahan minda.Sebagai seorang guru, saya
terasa bangga dan teruja apabila anak-anak didik saya boleh mencapai sesuatu
dan sentiasa berfikiran positif dan ada jati diri. Anak-anak dididik dari
dalam (kerohanian) mereka untuk
menghayati kemerdekaan.
Projek ini berjaya kerana sokongan
dari Tuan Pengetua, Hjh. Maimunah bt. Haji Bujang dan semua yang terlibat
terutama anak-anak saya dari Tingkatan 6Rendah. .Kami hanya mengambil tiga (3) hari untuk menyiapkan
banner ini. Bulan puasa tidak meluntur semangat pelajar-pelajar untuk
menyiapkan banner ini.Kami bermula pada 28 Julai dan menyambung pada sebelah
petang 30 hingga 31 Julai 2012.Pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua
pada pagi 1 Ogos 2012 di Tapak Perhimpunan SMK Kota Samarahan, Samarahan.
SYABAS dan
TERIMA KASIH !
OBJEKTIF: 1. SUPAYA SETIAP PELAJAR
AKAN MENGHARGAI HARI KEMERDEKAAN
2 .MENGAMALKAN SIKAP 1 MALAYSIA -
MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM, HORMAT-
MENGHORMATI ,BEKERJASAMA DAN
MENJIWAI SIKAP PATRIOTISME.
IDEA
BANNER : HJH. NURMAWATI HJ. ZAMAN
DIBANTU OLEH : 21 ORANG PELAJAR TG.
6R3 , 4 ORANG PELAJAR TG.6R2 DAN 4 ORANG
PELAJAR TG.6R1
PANJANG BANNER: 135METER
HAL BENDA: POTRET-POTRET MASYARAKAT
YANG BERBILANG KAUM, HARI PERAYAAN, JENIS-JENIS MAKANAN, PAKAIAN, ALAT-ALAT MUZIK , BENDERA MALAYSIA, BENDERA
SARAWAK, BUNGA KEBANGSAAN DAN BURUNG KENYALANG. TIDAK KETINGGALAN LOGO SEKOLAH,
SMK KOTA SAMARAHAN, YANG MENJADI KEBANGGAAN KITA.
1 MALAYSIA TELAH DIGUNAKAN UNTUK
MENYEMARAKAN LAGI SEMANGAT PERPADUAN DAN IA TELAH DIREKA SEBANYAK 49 SATU. PADA 16 SEPTEMBER 1963, SARAWAK TELAH
MEMBANTU MENUBUHKAN MALAYSIA, MAKA DENGAN RASMINYA 31 OGOS IALAH HARI
KEBANGSAAN DAN 16 SEPT IALAH HARI MALAYSIA.
TERIMA KASIH PADA TUAN PENGETUA, YANG
MEMBERI PELUANG DAN KEPERCAYAAN PADA
SAYA DAN PELAJAR-PELAJAR UNTUK MENGHASILKAN BANNER SEPANJANG 135 METER YANG DIBUAT DALAM MASA 3 HARI DAN CATAN DIBUAT SECARA KONVENSIONAL.
TERIMA KASIH CIKGU KERANA MENGHARGAI
KREATIVITI KAMI!
Disediakan oleh: Hjh. Nurmawati Hj.
Zaman
BANNER 1 MALAYSIA HARI KEBANGSAAN
& HARI MALAYSIA
Thursday, July 26, 2012
Nur Kasih Ramadhan SMK Kota Samarahan memerlukan sumbangan anda
Ramadhan
datang lagi... maka sekali lagi ,SMK Kota Samarahan akan mengadakah
Program Nur Kasih Ramadhan pada 10 Ogos 2012. Program yang diperkenalkan sejak
2007 oleh mantan PK HEM En.Yatiman Karsodikromo itu kini sudah menjangkau kali
ke-5 . Mulai tahun 2011 program ini telah diurus selia oleh Panitia Pendidikan
Islam, SMK Kota Samarahan dengan penambahan Program Ihya' Ramadhan. Program ini
bertujuan untuk memberi peluang kepada warga pendidik dan masyarakat setempat
menghulurkan sumbangan "menderma sambil beramal" di bulan yang mulia ini.
Melalui program ini penganjur akan menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk
wang tunai, pakaian dan makaan kepada golongan yang terdiri daripada anak yatim,
yatim piatu dan golongan yang miskin atau kurang berkemampuan agar dapat
menikmati sambutan hari raya seperti orang lain. Pada tahun ini seramai 80
peserta telah dikenal pasti melalui sistem pengkalan data murid. Sehubungan
dengan itu sekiranya pembaca berminat untuk meyumbang derma sambil beramal,
membayar fidyah dan zakat boleh mengubungi pihak kami di talian 082-672353
(Ustazah .Ajibah Gayan/En.Kelana Yusuf).
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)
Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan
menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi
janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat
malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah
berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan
dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat
bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab,
"Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu
Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi
menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka
bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh
berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi
s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Subscribe to:
Posts (Atom)