LAPORAN MINGGU HALUAN
PELAJAR BARU PRA UNIVERSITI SESI 2013-2014 SMK KOTA SAMARAHAN







Slot seterusnya adalah
Kemahiran Belajar Membuat Power Point yang disampaikan oleh Pn.Anita Shawal.
Objekif pengenalan program ini adalah agar pelajar-pelajar pra-u dapat
menggunapakai kemahiran membuat pembantangan dengan bantuan Power Point. Beliau
telah menerangkan perkara-perkara yang perlu ada dalam penghasilan power point
yang menarik.
Seterusnya pelajar didedahkan dengan kemahiran
mengakses maklumat di internet. Ini adalah bertujuan supaya pelajar boleh
menggunakan internet sebagai medium untuk mendapatkan maklumat secara maya.
Cikgu Berhim Aboi telah menyampaikan ceramah kemahiran mengekses maklumat ini
secara teori dan amali.


Program terakhir pada 21 Mei 2013, pelajar di bawa melawat ke
ICATS/PPKS.

Memandangkan kekurangan tempat kerana peperiksaan STPM
Penggal 2, maka pelajar-pelajar 6R terpaksa direhatkan pada 22-23 Mei 2013.
Bagi pihak pengurusan Tingkatan 6 dan pihak sekolah, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terimakasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program
ini. Semoga segala usaha membuahkan hasil.