LAPORAN MINGGU HALUAN
PELAJAR BARU PRA UNIVERSITI SESI 2013-2014 SMK KOTA SAMARAHAN
Mengalu-alukan
kehadiran pelajar baharu STPM sesi 2013 dimulai dengan sesi perjumpaan ibu
bapa, pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah pada 13 Mei 2013. Pada sesi kali ini seramai 130 pelajar
ditawarkan tempat ke tingkatan 6 Rendah.
Dari jumlah tersebut seramai 70 pelajar telah mendaftar masuk meneruskan
pengajian sementara ada yang menunggu tawaran dari institusi lain serta PLKN.
Majlis pagi itu dimulakan dengan ucapan pengetua yang mengalu-alukan kehadiran
ibu bapa dan pelajar baru. Seramai 26 orang ibu bapa pelajar sahaja yang dapat
hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan. Majlis seterusnya adalah
ucapan aluan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6 sebelum sesi pengenalan Sistem
Modular oleh Cikgu Andrew Chan merangkap guru yang menguruskan bahagian
penialaian dan peperiksaan sebelum taklimat
Hal Ehwal Murid yang disampaikan oleh Cikgu Andrew dan taklimat
Kokurikulum oleh En.Salhi Ayan. Pelajar juga berpeluang menimba pengalaman
melalui perkongsian pelajar Senior dalam slot Aspek Pengurusan Masa.
Hari kedua 14 Mei 2013 Minggu
Haluan Pelahar Pra U bermula dengan sesi ceramah Program i-Think yang
dikendalikan oleh Cikgu Andrew sekali lagi. Beliau telah menerangkan serba
ringkas peta-peta pemikiran bagi diguna pakai oleh pelajar dalam proses
pembelajaran.
Slot seterusnya adalah
Kemahiran Belajar Membuat Power Point yang disampaikan oleh Pn.Anita Shawal.
Objekif pengenalan program ini adalah agar pelajar-pelajar pra-u dapat
menggunapakai kemahiran membuat pembantangan dengan bantuan Power Point. Beliau
telah menerangkan perkara-perkara yang perlu ada dalam penghasilan power point
yang menarik.
Seterusnya pelajar didedahkan dengan kemahiran
mengakses maklumat di internet. Ini adalah bertujuan supaya pelajar boleh
menggunakan internet sebagai medium untuk mendapatkan maklumat secara maya.
Cikgu Berhim Aboi telah menyampaikan ceramah kemahiran mengekses maklumat ini
secara teori dan amali.
Pada 15 Mei 2013 hingga 17 Mei 2013, pelajar
telah didedahkan dengan pengenalan kepada mata pelajaran yang ditawarkan di
tingkatan enam seperti Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan
Komunikatif,Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Seni Visual. Guru-guru penyelaras
telah diberi peluang menerangkan secara mendalam kandungan mata pelajaran
tersebut.
Program Haluan Pelajar
diteruskan pada 20 Mei 2013 dengan penerangan Matapelajaran MUET dan seterusnya
pelajar turut didedahkan oleh konselor sekolah dalam program Eksplorasi
Diri yang disampaikan oleh En.Hossein
Sedi dan Jelajah Kerjaya oleh Pn.Noorsalehan Noor.
Program terakhir pada 21 Mei 2013, pelajar di bawa melawat ke
ICATS/PPKS.
untuk memberi peluang pelajar yang kurang berminat dalam
pembelajaran dalam kelas agar dapat meneruskan pembelajaran secara kemahiran
jika berminat. Program ini juga
merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk member peluang pelajaran selain
berada di tingkatan 6.
Memandangkan kekurangan tempat kerana peperiksaan STPM
Penggal 2, maka pelajar-pelajar 6R terpaksa direhatkan pada 22-23 Mei 2013.
Bagi pihak pengurusan Tingkatan 6 dan pihak sekolah, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terimakasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program
ini. Semoga segala usaha membuahkan hasil.
No comments:
Post a Comment