Para peserta seminar yang menghadiri Program Hala Tuju Pelajar STPM |
KUCHING 06 Julai 2013 Seramai 18 orang pelajar PraU SMK Kota Samarahan dengan diiringi oleh 2 orang guru menyertai Seminar Hala Tuju STPM anjuran Yayasan Bank Rakyat bertempat di Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak di Kuching. Seminar yang bermula 6-7 Julai 2013 dikendalikan oleh penceramah yang di undang khas dari Semenanjung iaitu Pn.Norafiza Binti Mohammad Noor seorang Kaunselor berdaftar yang juga diiktiraf sebagai pengamal Spiritual Emotion Freedom Teqhnique. Sepanjang seminar peserta didedahkan dengan Matlamat Diri Pelajar Cemerlang, Pengurusan Strategi Pelajar Cemerlang, Mind Mapping, Profiling Inventory Personality Credo, Haluan Kerjaya dan Penyediaan Profile. Membanggakan dalam penyertaan seminar, 3 hasil kerja terbaik dihasilkan oleh pelajar-pelajar SMK Kota Samarahan. Penyertaan ini diharap dapat membantu pelajar mempunyai hala tuju yang jelas dalam pelajaran dan kerjaya.
Peserta SMK Kota Samarahan merakamkan kenangan |
Tekun membina Mind Mapping |
Kerja Kumpulan dalam menghasilkan tugasan |
Antara hasil kerja terbaik dihasilkan pelajar kota |
Wakil SMKKS menerima cenderahati dan sijil penyertaan |
No comments:
Post a Comment