30 Ogos 2013- Disebalik pelancaran sambutan Kemerdekaan peringkat SMK Kota Samarahan yang ditemani rintisan hujan pagi, MOHAMMAD SYAHDAD NAQUIYUDDIN HADI B. SUHARDI mampu memukau minat pelajar dan guru sebagai Pemidato Khas mengulas tema hari Kemerdekaan ke-56 iaitu "Malaysiaku Berdaulat, Tanah TumpahNya Darahku" . Lengkap berpakaian Melayu , anak muda ini melontarkan bait-bait bicara yang bernas dan mencuit halwa telinga pendengar. Bukan sahaja mampu menyampaikan isi dengan baik, gaya dan intonansi ala pejung kemerdekaan menyebabkan kalangan pelajar terpukau dengan kebolehanya. Beliau juga mampu berinteraksi dengan penonton secara sepontan menyebabkan pelajar bersemangat menghayati erti kemerdekaan. Gaya dan kebolehan beliau lantas mendapat pujian pengetua Pn.Hjh Maimunah Binti Bujang yang melahirkan rasa bangga dan gembira dengan adanya bakat seperti ini. Bagi yang ingin mengetahui petikan pidato beliau di sertakan untuk renungan semua.
“Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku”
Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia
!
Memetik kata-kata bapa kemerdekaan kita, Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman, “Merdeka itu adalah suatu perkqara yang bukan mudah untuk diperoleh,
ianya memerlukan pengorbanan bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga !
bahkan nyawa sendiri juga !” Justeru, berdirinya saya di pentas perdana ini
dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan
wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya. “Malaysiaku Berdaulat,Tanah
Tumpahnya Darahku”Tema kemerdekaan kita pada tahun ini,Malaysiaku
Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku,apakah maksud sebenar yang perlu kita
telusuri di sebalik maksud tema kemerdekaan ini.Pada dasarnya maksud daulat
ialah maruah atau identiti sesebuah negara,manakala maksud tanah tumpahnya
darahku dianalogikan kepada persoalan usaha masyarakat untuk mengekalkan
kemerdekaan negara serta menjamin semangat patriotisme dalam jiwa setiap
masyarakat.Oleh itu kita utamakan persoalan apakah usaha yang perlu dan akan
kita usahakan demi menjaga kedaulatan negara untuk selama-lamanya.
Menyingkap fokus
perbicaraan saya, semangat nasionalisme membawa kepada kemerdekaan. Ya, melalui
semangat NASIONALISME inilah yang telah menjadikan negara kita sebagai sebuah
sebuah negara bangsa. Setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas dan
tidak bertamadun, rakyat negara kita mula menunjukkan kesungguhan yang tidak
berbelah-bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang
Dunia Kedua tamat.
Desakan yang berupa
tunjuk perasaan, bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan kemerdekaan dan
rundingan akhirnya membuahkan hasil. Akhirnya pihak Inggeris terpaksa mengaku
bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31
Ogos 1957. Bagi saya nasionalisme Melayu harus dipandang sebagai teras
nasionalisme Malaya dan perjuangan kemerdekaan. Mengapa? Pertama, secara akar
umbinya warisan politik dan budaya Melayu adalah wajah keseluruhan Tanah Melayu
berabad lamanya. Kedua, selama lebih 500 tahun orang Melayu dijajah dan
akhirnya orang Melayu bangkit menentang penjajah dengan penuh tenaga dan upaya.
Ingin saya menyokong hujah di atas dengan merujuk kepada penulisan James
Ongkili yang bertajuk The British and Malayan Nationalism, yang menyifatkan
nasionalisme Malaya adalah kesinambungan daripada semangat nasionalisme Melayu
1946.
Sidang saksi yang bervisi,
Menyusuri aspirasi
saya yang ketiga, iaitu sejarah memerdekakan kita, mengapa sejarah dikatakan
memerdekakan kita? Mari kita merungkai persoalan ini. Sejarah menceritakan
prihal pahlawan-pahlawan dahulu kala yang bertungkus-lumus untuk memerdekakan
negeri masing-masing dari cengkaman penjajah. Mereka mempunyai semangat cinta
akan negara yang membara, dan semangat kental itu tidak berakhir sehingga
titisan darah terakhir mereka. Melalui sejarah yang telah dicipta oleh
pejuang-pejuang terdahulu inilah yang menyebabkan Malaysia sehingga hari ini
mampu mempertahankan kemerdekaannya. Mengapa pula? Kerana rakyat Malaysia
mengambil secebis semangat kental pejuang terdahulu untuk dijadikan tangkal azimat demi
memerdekakan negara dan mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh. Semangat ini
juga terus mengalir di dalam darah anak-anak merdeka dari generasi ke generasi.
Pengetehuan mereka mengenai sejarah menjadikan mereka terus berusaha
mengekalkan kemerdekaan kerana gusar sejarah akan berulang. Saya ingin memetik
bait-bait kata mantan perdana menteri kita yang keempat Tun Dr. Mahathir
Mohammad “Orang yang tidak tahu sejarah akan mengulangi sejarah”. Jelaslah
sejarah merupakan kalam pedoman dan tauladan yang perlu menjadi penanda arah
dalam titik kehidupan setiap individu.
Konklusinya, menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri
lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan
kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi
pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah
dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita
terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. Pengorbanan
pejuang-pejuang kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita
kenang dengan ucapan terima kasih dan doa. Sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa
perjuangan !
Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku
Sekian. Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal
hidayah, assalammualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment