IKLAN
Sunday, April 20, 2014
Tuesday, April 15, 2014
Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Melayu, Sejarah dan STPM 2014
12 APRIL 2014 Dewan Suarah Kota Samarahan .Unit Pra U SMK Kota Samarahan telah menagdakan Bengkel
Menjawab Soalan bagi Matapelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian
Perniagaan.
Majlis bermula dengan perasmian oleh pengetua SMK Kota
Samarahan Pn.Fiziah Abdullah dan bengkel bermula pada jam 8.00 pagi oleh
Penceramah jemputan En.Zulkarnain Farahin Seli@ Philip Seli dari SMK Secret
Heart Sibu seorang penyemak kertas soalan.
Penyelaras Bahasa Melayu Pn.Suhazana menyampaikan cenderamata kepada penceramah BM |
Sesi kedua merupakan bengkel Sejarah oleh Cik Sabariah Bt
Den, Penceramah yang di undang dari SMK Tun Abul Razak juga seorang penyemak
kertas soalan.
Sebahagian pelajar yang menyertai bengkel |
Pada jam 2 petang Bengkel Menjawab Salan Pengajian Perniagaan
disampaikan oleh penyemak kertas soalan dan juga Guru Cemerlang Pengajian
Perniagaan Cik Norhafilah Awaludin
Penghargaan kepada guru yang terlibat dari SMK Simunjan |
Guru SMK Wira Penrissen |
Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Kota Samarahan, SMK
Muara Tuang, SMK Wira Penrssen, SMK Balai Ringgin dan SMK Simunjan.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang menjayakan bengkel ini dan berharap keputusan STPM Bahagian Samarahan
dapat di tingkatkan
Senarai Sekolah Terlibat:
Bil
|
Nama Sekolah
|
Jumlah Guru
|
Jumlah Pelajar
|
Matapelajaran
|
1
|
SMK MUARA TUANG
|
1
|
22
|
BAHASA MELAYU
|
2
|
SMK WIRA PENRISSEN
|
1
|
39
|
BAHASA MELAYU
|
3
|
SMK TARAT
|
1
|
BAHASA MELAYU
|
|
4
|
SMK BALAI RINGIN
|
1
|
18
|
BAHASA MELAYU
|
5
|
SMK KOTA SAMARAHAN
|
2
|
40
|
BAHASA MELAYU
|
6
|
SMK MUARA TUANG
|
1
|
25
|
SEJARAH
|
7
|
SMK WIRA PENRISSEN
|
1
|
34
|
SEJARAH
|
8
|
SMK KOTA SAMARAHAN
|
3
|
22
|
SEJARAH
|
9
|
SMK MUARA TUANG
|
1
|
20
|
PENGAJIAN PERNIAGAAN
|
10
|
SMK WIRA PENRISSEN
|
1
|
10
|
PENGAJIAN PERNIAGAAN
|
11
|
SMK SIMUNJAN NO.1
|
2
|
PENGAJIAN PERNIAGAAN
|
|
12
|
SMK BALAI RINGIN
|
2
|
PENGAJIAN PERNIAGAAN
|
|
13
|
SMK KOTA SAMARAHAN
|
2
|
12
|
PENGAJIAN PERNIAGAAN
|
Panitia Pengajian Am adakan Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am
Unit Pengajian Am, Pra Universiti SMK Kota Samarahan menganjurkan Bengkel menjawab soalan Pengajian AM pada 1 April 2014 dari jam 2-5 petang bertempat di Bilik Kuliah Tingkatan 6. Penceramah jeputan ialah Pn.Ramilah Boje dari SMK Tun Abang Haji Openg. Beliau merupakan seorang JU dan penyemak kertas soalan yang berpengalaman.
Program ini bertujuan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan penggal 2. Melalui bengkel ini beberapa tip penyemakan soalan dikongsi bersama pelajar dan bagaimana untuk pelajar mendapat markah yang baik.
Seramai 29 orang pelajar telah hadair. Sesi perbincangan juga dibuka antara penceramah dan pelajar. Majlis berakhir dengan penyampaian cederahati kepada penceramah oleh En. Yatiman sebagai tanda penghargaan.
Kami berharap program ini akan melonjakkan lagi keputusan peperiksaan dalam STPM nanti.
Program ini bertujuan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan penggal 2. Melalui bengkel ini beberapa tip penyemakan soalan dikongsi bersama pelajar dan bagaimana untuk pelajar mendapat markah yang baik.
Seramai 29 orang pelajar telah hadair. Sesi perbincangan juga dibuka antara penceramah dan pelajar. Majlis berakhir dengan penyampaian cederahati kepada penceramah oleh En. Yatiman sebagai tanda penghargaan.
Kami berharap program ini akan melonjakkan lagi keputusan peperiksaan dalam STPM nanti.
Friday, April 4, 2014
Laporan Bengkel Memperkasa Seni Visual STPM Negeri Sarawak
KUCHING 22 Mac 2014 SMK
Kota Samarahan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah berjaya
mengadakan Bengkel Memperkasa Seni Visual Peringkat Negeri Sarawak yang di
adakan di Auditorium JPN Sarawak.
Bengkel sehari itu dihadiri oleh
32 buah sekolah dengan
jumlah pelajar 251 dan guru 43 orang dari seluruh negeri Sarawak. Antara
sekolah yang terlibat adalah Smk Petra Jaya, SMK Matang Jaya, SMK Batu Kawa,
SMK Setia Raja, SMK Stampin, SMK Tun Abang Hj.Openg, SMK Muara Tuang, SMK Tun
Abdul Razak, SMK Serian, SMK Asajaya, SMK Wira Penrissen, SMK SImunjan No.1,
SMK Taee, SMK Spaoh, SMK Meradong, SMK Kalaka, SMK Serikei, SMK St.Augustine,
SMK Simanggang, SMK Pusa, SMK Sri Aman, SMK Kampung Nangka, SMK Chung Hua Sibu, SMK Kanawit, SMK Lopeng
Tengah, Smk Marudi dan SMK Kota Samarahan.
Pendaftaran Peserta |
Sedia untuk mendengar ceramah |
Sebahagian peserta yang datang awal |
Bengkel tersebut telah di
sempurnakan oleh penceramah jemputan En.Hassan Mohd Ghazzali, Pensyarah Kanan
UPSI , yang juga merupakan penggubal dan pemeriksa kertas Seni Visual STPM.
Beliau telah menyentuh ketiga-tiga kertas iaitu Lukisan dalam Pengkaryaan dan
Perekaan, Projek Kajian Seni Visual dan
Apresiasi Seni Visual.
En.Hassan Ghani Pensyarah UPSI |
Pengetua SMK Kota Samarahan
Pn.Catherine Ritikos@Fiziah Abdullah dalam ucapan aluannya melahirkan rasa
terharu kerana penyertaan yang diluar jangkaan dan memaklumkan usaha SMK Kota
Samarahan mengadakan bangkel ini adalah untuk meningkatkan pencapaian
matapelajaran Seni Visual dalam STPM di semua sekolah yang mengambil Seni
Visual dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah. Perasmian majlis telah
disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Ali bin
Abang Masagus, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik. Dalam ucapanya beliau
menyatakan rasa bangga dengan pencapaian negeri Sarawak kerana menunjukkan peningkatan
dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Beliau juga memuji usaha SMK Kota
Samarahan menganjurkan bengkel ini selaras dengan motto Jabatan Pendidikan
Sarawak iaitu “ Terus Menjulang Sarawak”. Beliau gembira kerana sambutan
pelajar dan guru sangat menggalakkan dan berharap, program-program seperti ini
diperbanyakkan untuk matapelajaran lain pada masa akan datang. Ucapan terima
kasih juga beliau lontarkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
Ucapan Pengetua SMK Kota Samarahan |
Ucapan Ketua Sektor Akademik mewakili Pengarah |
Penyampaian Cenderahati |
Bengkel Memperkasa Seni Visual
berakhir pada jam 5.00 petang setelah majlis penutupan dilakukan oleh Pegawai
Pendidikan Daerah Samarahan, Haji Mohd Sharkawi Bin Haji Ali Akhbar. Beliau juga memuji usaha yang dilakukan pihak
sekolah dan selaku Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan sentiasa memberi sokongan
kepada sekolah-sekolah yang berhasrat mengadakan program serupa.
Ucapan Penutupan oleh PPD Samarahan |
Penyampaian Sijil |
Bagi pihak Tingkatan 6, saya
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai di Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak khususnya En.Awang Zainal, Persatuan Pelajar Pra
Universiti (PPU) SMK Kota Samarahan, guru-guru Tingkatan 6, guru Kaunseling
Pn.Noorsalehan Noor dan semua yang menjayakan program ini secara langsung dan
tidak langsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)