IKLAN

Tuesday, April 15, 2014

Panitia Pengajian Am adakan Bengkel Menjawab Soalan Pengajian Am

Unit Pengajian Am, Pra Universiti SMK Kota Samarahan menganjurkan Bengkel menjawab soalan Pengajian AM pada 1 April 2014 dari jam 2-5 petang bertempat di Bilik Kuliah Tingkatan 6. Penceramah jeputan ialah Pn.Ramilah Boje dari SMK Tun Abang Haji Openg. Beliau merupakan seorang JU dan penyemak kertas soalan yang berpengalaman.

Program ini bertujuan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan penggal 2. Melalui bengkel ini beberapa tip penyemakan soalan dikongsi bersama pelajar dan bagaimana untuk pelajar mendapat markah yang baik.

Seramai 29 orang pelajar telah hadair. Sesi perbincangan juga dibuka antara penceramah dan pelajar. Majlis berakhir dengan penyampaian cederahati kepada penceramah oleh En. Yatiman sebagai tanda penghargaan.
Kami berharap program ini akan melonjakkan lagi keputusan peperiksaan dalam STPM nanti.

No comments:

Post a Comment