IKLAN

Friday, July 5, 2013

Kejohanan Sukan Tingkatan Enam

Tarikh: 27-28 Jun 2013
Tempat: UNIMAS

SMK  Kota Samarahan turut menghantar penyertaan dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Tingkatan Enam yang dilangsungkan di UNIMAS. Dalam kejohanan tersebut SMK Kota Samarahan menghantar penyertaan dalam Pertandingan Futsal, Bola Jaring dan Bola Tampar. Bertindak selaku pengajur kejohanan Bola Jaring SMK Kota Samarahan menjuarai kejohanan tersebut dan sekaligus dipilih mewakili bahagian Samarahan ke Serikei untuk peringkat negeri. Bagi pihak pengurusan , menghantar penyertaan dalam keadaan tergesa-gesa sudah dianggap satu kejayaan dan kemengan adalah satu bonus. Tahniah juga kepada guru pengiring dan pelajar-pelajar pemain dan ajk kejohanan . Kredit untuk Cikgu Hjh Kadariyah yang membantu sebagai pegawai teknikal Bola Jaring.
Juara Bola Jaring Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Bahagian Samarahan 28 Jun 2013 di UNIMAS merakamkan kenangan bersama Pengetua. Turut Sama adalah Naib Johan dan Tempat Ketiga





Sebahagian aksi sang juara

Sebahagian yang menyaksikan pertandingan

Tetap memberi sokongan
Aksi di padang Futsal tetap bergaya






Aksi Pemain Bola Tampar





Thursday, June 27, 2013

Pertandingan Koir PPU 2013

Unit Bahsa Melayu dengan kerjasama PPU 2012-2013 telah menganjurkan pertandingan Koir PPU 2013  pada 19 Mac 2013. Pertandingan diadakan di Bilik MPV dan dihakimi oleh En.Abdul Rahim Harun, En.Anita Shawal dan Pn.Rohana Bujang.  Objektif program adalah untuk mencugkil bakat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti riadah yang berfaedah. Program dibawah bimbingan Pn.Salviah Hamdan dikenadalikan sepenuhnya oleh pelajar PPU dengan Hesron Macel ak Malin berindak sebagai Penyelaras Projek.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
1.Johan :Kumpulan Bisness and Koir Group (6A1)
2.Naib Johan: Kumpulan Fonoria (6A2)
3.Tempat Ketiga: G-Force (6A3)

Tahniah kepada kumpulan yang Berjaya.









































































 






Monday, May 20, 2013

Minggu Haluan Pelajar Baharu Pra-U SMK Kota Samarahan


LAPORAN MINGGU HALUAN PELAJAR BARU PRA UNIVERSITI SESI 2013-2014 SMK KOTA SAMARAHAN

Mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu STPM sesi 2013 dimulai dengan sesi perjumpaan ibu bapa, pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah pada 13 Mei 2013.  Pada sesi kali ini seramai 130 pelajar ditawarkan tempat ke tingkatan 6 Rendah.  Dari jumlah tersebut seramai 70 pelajar telah mendaftar masuk meneruskan pengajian sementara ada yang menunggu tawaran dari institusi lain serta PLKN. Majlis pagi itu dimulakan dengan ucapan pengetua yang mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan pelajar baru. Seramai 26 orang ibu bapa pelajar sahaja yang dapat hadir untuk mendengar taklimat yang disampaikan. Majlis seterusnya adalah ucapan aluan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6 sebelum sesi pengenalan Sistem Modular oleh Cikgu Andrew Chan merangkap guru yang menguruskan bahagian penialaian dan peperiksaan sebelum taklimat  Hal Ehwal Murid yang disampaikan oleh Cikgu Andrew dan taklimat Kokurikulum oleh En.Salhi Ayan. Pelajar juga berpeluang menimba pengalaman melalui perkongsian pelajar Senior dalam slot Aspek Pengurusan Masa.





























 
Hari kedua 14 Mei 2013 Minggu Haluan Pelahar Pra U bermula dengan sesi ceramah Program i-Think yang dikendalikan oleh Cikgu Andrew sekali lagi. Beliau telah menerangkan serba ringkas peta-peta pemikiran bagi diguna pakai oleh pelajar dalam proses pembelajaran.
 



Slot seterusnya adalah Kemahiran Belajar Membuat Power Point yang disampaikan oleh Pn.Anita Shawal. Objekif pengenalan program ini adalah agar pelajar-pelajar pra-u dapat menggunapakai kemahiran membuat pembantangan dengan bantuan Power Point. Beliau telah menerangkan perkara-perkara yang perlu ada dalam penghasilan power point yang menarik.
Seterusnya pelajar didedahkan dengan kemahiran mengakses maklumat di internet. Ini adalah bertujuan supaya pelajar boleh menggunakan internet sebagai medium untuk mendapatkan maklumat secara maya. Cikgu Berhim Aboi telah menyampaikan ceramah kemahiran mengekses maklumat ini secara teori dan amali.
Pada 15 Mei 2013 hingga 17 Mei 2013, pelajar telah didedahkan dengan pengenalan kepada mata pelajaran yang ditawarkan di tingkatan enam seperti Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Komunikatif,Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Seni Visual. Guru-guru penyelaras telah diberi peluang menerangkan secara mendalam kandungan mata pelajaran tersebut.      
 
 
 
 
 
 
Program Haluan Pelajar diteruskan pada 20 Mei 2013 dengan penerangan Matapelajaran MUET dan seterusnya pelajar turut didedahkan oleh konselor sekolah dalam program Eksplorasi Diri  yang disampaikan oleh En.Hossein Sedi dan Jelajah Kerjaya oleh Pn.Noorsalehan Noor.   
Program terakhir pada 21 Mei 2013, pelajar di bawa melawat ke ICATS/PPKS.
untuk memberi peluang pelajar yang kurang berminat dalam pembelajaran dalam kelas agar dapat meneruskan pembelajaran secara kemahiran jika berminat.  Program ini juga merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk member peluang pelajaran selain berada di tingkatan 6.
 
Memandangkan kekurangan tempat kerana peperiksaan STPM Penggal 2, maka pelajar-pelajar 6R terpaksa direhatkan pada 22-23 Mei 2013. Bagi pihak pengurusan Tingkatan 6 dan pihak sekolah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan program ini. Semoga segala usaha membuahkan hasil.
 


Disediakan oleh
PKT6