IKLAN

Tuesday, February 28, 2012

Borang Keahlian Alumni SMKKS





Nama Penuh (Huruf Besar)




Alamat Surat Menyurat




Nombor Telefon Bimbit




Alamat Email




Alamat facebook anda




Tahun Menamatkan Persekolahan di SMK Kota Samarahan




Peringkat Terakhir Menamatkan Persekolahan

Tingkatan 3

Tingkatan 5

Tingkatan 6

Lain-Lain



Pekerjaan Sekarang/Melanjutkan Pelajaran (Sila nyatakan)




Adakah anda ingin mengikuti aktiviti Alumni SMKKS

Ya

Tidak



Saya dengan ini setuju menyertai Alumni SMK Kota Samarahan

Ya






Click here to create your own form.

YB Abdul Karim Rahman Hamzah TETAMU KEHORMAT MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

SMK KOTA SAMARAHAN_ 25 Feb 2012, detik bersejarah bagi ibu bapa dan guru SMK Kota Samarahan kerana buat pertama kalinya mesyuarat Agung Tahunan PIBG mendapat dokongan YB Hj.Abdul Karim Bin Abdul Rahman Hamzah ,Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia , merangkap ADUN N15, Asajaya. Mesyuarat yag dihadiri oleh lebih 500 ahli itu diserikan dengan Pelancaran Program Bacaton serta Pameran Akademik. Sebaik sahaja YB hadir, beliau telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar takimat mengenai sejarah sekolah dan kekurangan yang ada.
Kehadiran YB Menteri ke Mesyuarat PIBG 2012 sangat dinantikan ibu bapa

Ketika berucap kepada hadirin, YDP PIBG En.Mahmod Bin Pawi berharap YB dapat membantu dalam usaha pihak sekolah yang menghadapi masalah ketiadaan Dewan untuk pelbagai aktiviti.PIBG berharap program Bacaton kali ini dapat menambah minat pelajar membaca selain PIBG menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000.00

YB Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapannya menyampaikan sumbangan RM10,000.00 selain meminta supaya pihak sekolah menyediakan dokumen permohonan dewan untuk dibawa ke peringkat selanjutnya.Beliau juga telah menjadi penyumbang pertama dalam Program Bacaton.

YB Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan PIBG dan tetamu jemputan 
YB menandatangani plag pelancaran progran bacaton
YB mendahului sebagai penyumbang pertama



YDP PIBG SMK Kota Samarahan, EN Mahmud  menyerahkan cenderamata kepada YB Menteri
Add caption



YB merakamkan kenangan bersama AJK PIBG dan Staff SMKKS

YB mengunjugi mini pameran akademik dan kurikulum







Sunday, February 26, 2012

Penolog-Penolong Kanan

NAMA PK PENTADBIRAN
TAHUN PENTADBIRAN
En.Mushadad HJ Edit
1 Januari 2002  - 31 Jun 2003
EN.YATIMAN BIN KARSODIKROMO
(MENJALANKAN TUGAS)
JAN-APRIL 2007
EN.JIMALI AK SUNANG
APRIL 2007-SEKARANG
NAMA PK HEM
TAHUN PENTADBIRAN
Lim Sea Kiaw
2002-2006
Ajibah Gayan

2006-2007

Yatiman Karsodikromo
2007-2010
Thomas Nyayu
2011-SEKARANG
NAMA PK KOKURIKULIM
TAHUN PENTADBIRAN
Dominic Dadut

2002-2006
Salhi Ayan

2006-2008
Mazkan Jemat

2008-2012
NAMA PK PETANG
TAHUN PENTADBIRAN
EN.KRAM BIN HJ SAINI

NAMA PK TINGKATAN ENAM
TAHUN PENTADBIRAN

Shbini Saini

2007-2012

Pengetua-Pengetua SMK Kota Samarahan

Pn.Kalsom Binti Othman
Perintis

Pn.Dayang Mastura

Pn.Siti Norbaya

Pn.Juita Senawi


NAMA PENGETUA
TAHUN PENTADBIRAN
PN.KALTHUM BT OTHMAN
1 JANUARI 2002  - 31 JUN 2003
PN.HJ DAYANG MASTURA BT HJ AWANG HASSIM
31 JUN 2003—31 JUN 2006
PN.SITI NORBAYA BT MANSUR
31 JUN 2006-2007
PN.JUITA BT HJ SENAWI
2008-11.Julai 2012

Friday, February 24, 2012

Guru-Guru Perintis SMK Kota Samarahan


Depan dari kiri: Ustazah Ajibah Gayan, Pn.Racheal Sateh, Pn.Rabaah Abang ,En.Mushadad Hj Edit (PK Pentadbiran), Pn.Kalthom Bin Osman (Pengetua),En.Lim See Kiaw (PK HEM), En.Dominic Dadut (PKK),Pn.Noorsalehan Noor, Pn.Salbiah Hamdan.
Belakang dari kiri: En, En Thomas, En.Shbini Saini, Ustaz Razali,En.Simson Suini, En.Fathi Suria,En Yatiman Karsodikromo,Pn Ting Lang Ngiik,Pn.Nasrina Lias,Pn.Wong,Pn.Sim Mong Hui,Pn.Mary Peter dan Pn.Diana Siggie
Gambar diatas merupakan kumpulan guru tahun ke-2 SMK Kota Samarahan

VISI DAN MISI SEKOLAH

Lagu SMK Kota Samarahan





























Lirik : En. Yatiman bin Karsodikromo

Pn. Norsalehan binti Noor

Muzik : En. Latip bin Poli

Sejarah Lagu: Lagu ini dihasilkan liriknya oleh Cikgu Yatiman dan Noorsalehan dalam masa seminggu sebelum perasmian SMK Kota Samarahan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-5 ,Dato Patinggi Abdullah Hj Ahmad  Badwi. Lagu telah mendapat sentuhan En.Latip Poli seorang pensyarah maktab di Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Kali pertama lagu ini dimainkan pada 20 Feb 2004 semasa perasmian oleh YAB Perdana Menteri. Hingga sekarang lagu ini terus dimainkan ketika perhimpunan sekolah dan ketika acara-acara rasmi berlangsung.

Logo Sekolah

Rekabentuk lancana ini telah dihasilkan oleh Pn.Rabaah Abang dan dimurnikan melalui grafik dengan elemen-eleman tambahan oleh Cikgu Yatiman. Daripada 25 karya yang dipertandingkan akhirnya logo ini terpilih menjadi logo kebangaan warga SMK Kota Samarahan
PENGERTIAN WARNA
             Kuning     Lambang kepatuhan dan ketaatan kepada sistem perlembagaan beraja.
            Merah         Lambang keberanian 
            Biru              Lambang perpaduan kaum.

PENGERTIAN LAMBANG
                Pada keseluruhannya Logo ini melambangkan hasrat yang ingin dicapai oleh sekolah menerusi visi dan misinya. Pendidikan dicerminkan melalui jendela ilmu ( buku ) yang diperoleh secara global dan berterusan ( gelombang ICT ) untuk melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang ilmu. Tiga lambang topi berijazah mewakili  golongan pelajar, guru dan kakitangan yang berilmu dan mewakali  tiga kaum terbesar di Malaysia. Diharap lahirnya generasi berilmu ini akan memperoleh kemahiran ( gear) untuk kemajuan Negara Malaysia ( jalur merah, kuning dan biru ). Pelajar juga disemai dengan sikap berdisiplin, berilmu dan bertanggungjawab. Warna biru melambangkan perpaduan kaum.


 

ENROLMENT PELAJAR DAN GURU SMK KOTA SAMARAHAN

ENROLMENT PELAJAR



Tahun
Bil murid
kelas
2002
302
Ting 1 - 3
2003
545
Ting 1 - 4
2004
776
Ting 1 - 5
2005
1012
Ting 1 - 5
2006
1188
Ting 1 - 5
2007
1348
Ting 1 – 6r
2008
1453
Ting 1 – 6a
2009
1490
Ting 1 – 6a
2010
1625
Ting 1 – 6a
2011
1713
Ting 1 – 6a
2012
1772
( JANUARI 2012)
Ting 1 – 6a




ENROLMENT GURU DAN STAFF SOKONGAN


Tahun
Bil Guru
kakitangan
2002
23
9
2003
30
9
2004
41
9
2005
51
9
2006
60
10
2007
71
11
2008
93
11
2009
103
11
2010
113
14
2011
115
17
2012
116
18