IKLAN

Friday, February 24, 2012

Latar Belakang Sekolah


Indahnya sekolah ku

SMK Kota Samarahan terletak di Jalan Dato Mohd. Musa, Kota Samarahan. Meliputi kawasan tapak seluas 36.72 ekar yang dikongsi dengan Sekolah Kebangsaan Pendidikan khas ( Cacat Pendengaran ). Projek ini telah dilaksanakan melalui kaedah Rundingan Terus Reka dan Bina. Kos projek sekolah ini adalah berjumlah RM 14,525,783.13.Skop projek ini merangkumi 1 blok pentadbiran, 24 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain seperti padang permainan, tapak perhimpunan, kantin dan kemudahan-kemudahan lain.
 
Pelajar sekolah ini datangnya dari kampung-kampung yang berhampiran seperti kampung Tanjung Bundong, Kampung Muara Tuang, Kampung Baru, Kampung Rembus, Kampung Meranek, Kampung Pinang, Kampung Entingan, Kampung Melaban, Kampung Nangka, Perumahan Desa Ilmu, Perumahan Samarindah dan lain-lain. Sekolah ini mula beroperasi pada 01 Januari 2002 dengan jumlah pelajar seramai 325 orang, 23 orang guru , 4 orang kakitangan bukan guru dan 11 buah kelas. Oleh sebab bangunan yang ada sekarang belum siap sepenuhnya, kami terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Dato Mohd. Musa yang lokasinya tidak jauh dari sekolah ini.

Bangunan sekolah siap sepenuhnya pada 19 Julai 2002. Walau bagaimanapun sekolah hanya diserahkan pada 31 Julai dan kami mula beroperasi di bangunan sendiri pada 5 Ogos 2002.
Pada tahun 2003, jumlah pelajar meningkat kepada 552, guru 29 orang , kakitangan bukan guru
9 orang dan kelas 17 buah. Tahun 2004, jumlah pelajar terus meningkat kepada 793 orang, 40 orang guru, 10 kakitangan bukan guru dan 21 buah kelas. Pada 20 Februari 2004, sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.


No comments:

Post a Comment