IKLAN

Tuesday, February 28, 2012

YB Abdul Karim Rahman Hamzah TETAMU KEHORMAT MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

SMK KOTA SAMARAHAN_ 25 Feb 2012, detik bersejarah bagi ibu bapa dan guru SMK Kota Samarahan kerana buat pertama kalinya mesyuarat Agung Tahunan PIBG mendapat dokongan YB Hj.Abdul Karim Bin Abdul Rahman Hamzah ,Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Belia , merangkap ADUN N15, Asajaya. Mesyuarat yag dihadiri oleh lebih 500 ahli itu diserikan dengan Pelancaran Program Bacaton serta Pameran Akademik. Sebaik sahaja YB hadir, beliau telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar takimat mengenai sejarah sekolah dan kekurangan yang ada.
Kehadiran YB Menteri ke Mesyuarat PIBG 2012 sangat dinantikan ibu bapa

Ketika berucap kepada hadirin, YDP PIBG En.Mahmod Bin Pawi berharap YB dapat membantu dalam usaha pihak sekolah yang menghadapi masalah ketiadaan Dewan untuk pelbagai aktiviti.PIBG berharap program Bacaton kali ini dapat menambah minat pelajar membaca selain PIBG menyasarkan kutipan sebanyak RM20,000.00

YB Abdul Karim Rahman Hamzah dalam ucapannya menyampaikan sumbangan RM10,000.00 selain meminta supaya pihak sekolah menyediakan dokumen permohonan dewan untuk dibawa ke peringkat selanjutnya.Beliau juga telah menjadi penyumbang pertama dalam Program Bacaton.

YB Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan PIBG dan tetamu jemputan 
YB menandatangani plag pelancaran progran bacaton
YB mendahului sebagai penyumbang pertama



YDP PIBG SMK Kota Samarahan, EN Mahmud  menyerahkan cenderamata kepada YB Menteri
Add caption



YB merakamkan kenangan bersama AJK PIBG dan Staff SMKKS

YB mengunjugi mini pameran akademik dan kurikulum







No comments:

Post a Comment