IKLAN

Tuesday, August 27, 2013

PPU anjur Lawatan Sambil Belajar di Kompleks Mahkamah Kuching

Rombongan Pelajar PraU SMK Kota Samarahan merakam kenangan di hadapan
kompleks mahkamah
27 OGOS 2013   Pelajar PPU 6Rendah , SMK Kota Samarahan berjaya mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Mahkamah Kuching. Lawatan dibawah pengurusan matapelajaran Pengajian Am disertai semua pelajar 6rendah seramai 50 orang dan diiringi oleh 5 orang guru. Program ini diurus sendiri oleh pelajar Muhammad Syahdad Naquiyuddin Hadi Bin Suhardi dibawah bimbingan Cikgu Doris Tressie Tee, Cikgu Berhim Aboi dan Cikgu Lai Giok Hiong. Lawatan  turut diiringi oleh Cikgu Joseph dan En.Yatiman.

Pelajar mendengar taklimat yang disampaikan pegawai mahkamah
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar keadaan sebenar sistem kehamikan negara seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pengajian Am dan Sejarah. Sepanjang lawatan pelajar diberi taklimat umum oleh Tuan Abdul Razak, Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Tuan Allaudeen Bin Ismail, Ketua Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dengan fungsi setiap tempat duduk dalam bilik bicara, jenis-jenis mahkamah dan bidang kuasa. Pelajar turut teruja mengemukakan soalan terus kepada kedua-dua wakil mahkamah. Pelajar juga berpeluang mengikuti secara langsung kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Sesyen.

Rombongan pelajar sangat bertuah kerana turut dibawa melawat ke bilik pendakwaan iaitu bilik lokap yang menempatkan pesalah yang sudah dijatuhkan hukuman penjara sementara menanti dibawa ke penjara sebenar. Pelajar juga dibawa melawat ke perpustakaan mahkamah.

Kunjungan ke perpustakaan di mahkamah
En.Yatiman selaku Pen.Kanan Ting.6 merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak mahkamah kerana sudi menerima kunjungan dan segala ilmu yang disampaikan sangat besar maknanya kepada pelajar dan guru.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini.






Sebahagian pelajar bersama guru pengiring

Merakam kenangan . Dibelakang adalah gambar mantan ketua-ketua hakim negara

Pen.Kanan Ting.6 menyampaikan cenderahati kepada Tuan Allaudeen Bin Ismail,
 Ketua Hakim Mahkamah Sesyen


No comments:

Post a Comment