IKLAN

Sunday, August 25, 2013

Program Perbincangan Prestasi Akademik STPM Penggal 2

Tarikh: 24 Ogos 2013
Tempat: Bilik Mesyuarat
Masa: 7.30-11.00 pagi
Objektif; Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan STPM bagi kumpulan bimbingan
Sasaran: 25 orang

Unit Penilaian dan Peperiksaan dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling PraU telah mengadakan program Perbincangan Prestasi Akademik STPM Penggal 2. Program ini melibatkan sasaran pelajar seramai 25 orang dan dihadiri 17 orang ibubapa pelajar masing-masing. Program bermula dengan bacaan doa oleh En.Hossein Sedi, ucpan aluan Pengetua dan Penolong Kanan Tingkatan 6, sesi penerangak pencapaian akademik oleh setiausaha peperiksaan En.Andrew serta sesi penjelasan oleh guru-guru matapelajaran. Sesi yang menyentuh terus kepada kelemahan pelajar ini diharap dapat membantu melonjakkan pencapaian dalam peperiksaan nanti.

Program turut diselitkan dengan menyampaikan sumbangan khas kepada pelajar STPM 2013 yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bagi pendaftaran sesi Sept 2013.
Semoga pelajar yang terlibat beroleh kejayaan.


Sebahagian ibubapa, guru dan pelajar mengaminkan doa semoga majlis mendapat keberkatan

Ucapan Aluan Pengetua Pn.Hjh Maimunah Bujang

Setiausaha Peperiksaan STPM memberi penerangan dan analisis pencapaian pelajar

Ibubapa dan pelajar khusus mendengar penerangan


Guru-guru turut bersama memberi nasihat

Sesi penjelasan  kelemahan pelajar oleh guru yang mengajar


Pn.Suhazana memberi nasihat akademik kepada peserta




PKT6 menerangkan kejayaan pelajar lemah  tetapi Berjaya hingga ke Universiti kerana sikap positif yang ditunjukkan sebagai satu motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan penggal 3.



Adik Roslan Tapa Berjaya ditawarkan ke UPSI bagi sesi kemasukan Sept 2013
Adik Nor Anuar Jamaluddin Berjaya mendapat tempat di UNIMAS menerima sumbangan

Sempat memberi nasihat kepada adik pelajar.

No comments:

Post a Comment