IKLAN

Sunday, August 25, 2013

PPU Pamer Tokoh Pemimpin sebagai pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan

Bersempena sambutan Kemerdekaan Negara Kali ke 56, bertemakan "MALAYSIA KU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" pelajar PPU SMK Kota Samarahan tampil dengan gemek pelancaran para pemimpin tokoh Negara yang dilukis sendiri oleh pelajaran aliran seni dibawah bimbingan Pn.Hjh.Normawati. Usaha ini dilakukan  untuk mengenang jasa para pemimpin terdahulu. Berikut adalah sekitar majlis pelancaran hari kemerdekaan yang dilancarkan semasa perhimpunan sekolah 20 Ogos 2013.
Pn.Hjh.Normawati bersama barisan pelajar seni bangga dengan poster pemimpin yang bayak berjasa
Majlis bermula dengan persembahan koir pelajar PPU dan seterusnya adalah perarakan masuk poster lukisan para pemimpin Negara. Pn. Hjh Normawati Binti Hj Zaman mendapat idea ini dengan dua matlamat iaitu sebagai salah satu projek amali seni dan pada masa yang sama untuk sambutan Hari Kebangsaan ke 56 Negara. Penghasilan projek ini telah dimulakan sejak cuti pertengahan penggal kepas.   Selepas persembahan koir dan perarakan masuk poster, acara kemuncak adalah mengebarkan jalur gemilang sebagai bermulanya sambutan peringkat sekolah. 


Persembahan koir oleh pelajar PPU

Selesai pelancaran poster-poster ini dipamerkan di perkarangan masuk ke sekolah disamping mengebarkan bendera kebangsaan Negara.

Sempena bulan kemerdekaan Pra-U juga melalui Panitia-Panitia Matapelajaran akan menjalankan aktiviti berikut:

Panitia Sejarah
Penyelaras: En.Sylvester dan En.Yatiman
Aktiviti: Perbahasan Intelektual Sejarah Malaysia
Tajuk: Kedatangan Penjajah British lebih banyak membawa Kebaikan berbanding keburukan.Bahaskan
Tarikh: 29 Ogos 2013
Masa: 1.20-3.00pm


Panitia Pengajian Am
Penyelaras: En.Doris Tressie & En.Berhim Aboi
Aktiviti: Pertandingan Koir Kemerdekaan Tg.6


Panitia Bahasa Melayu
Penyelaras: Pn.Salviah Hamdan
Aktiviti: Pidato Umum
Tajuk: "MalaysiaKu Berdaulat, Tanah Tumpahnya DarahKu"
Tarikh: 30 Ogos 2013








Jalur Gemilang di kebarkan sebagai simbolik pelancaran sambutan

No comments:

Post a Comment